Permohonan TASKA PASTI 2023 Online Pusat Asuhan Tunas Islam (Semak Daftar)

Permohonan TASKA PASTI 2023 Online Pusat Asuhan Tunas Islam (Semak Daftar). Nak daftar anak ke Taska PASTI? Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang ingin menghantar anak kemasukan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Untuk makluman, ibu bapa boleh memohon TASKA PASTI tahun 2023 secara dalam talian menerusi portal https://pastimalaysia.com/epasti. Selain Taska PASTI, ibu bapa juga boleh buat pendaftaran Tabika KEMAS atau Tabika Perpaduan untuk pengajian anak anda.

Permohonan TASKA PASTI 2023 Online Pusat Asuhan Tunas Islam (Semak Daftar)

Permohonan TASKA PASTI 2023 Online Pusat Asuhan Tunas Islam (Semak Daftar)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran TASKA PASTI termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara mohon :

Apa Pusat Asuhan Tunas Islam?

Pusat Asuhan Tunas Islam atau ringkasnya PASTI adalah pusat pendidikan prasekolah di bawah pemilikan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul.

Cara Pendaftaran TASKA PASTI 2023 Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal https://pastimalaysia.com/epasti-online/

2. Untuk permohonan murid PASTI baharu, sila klik butang ‘PENDAFTARAN MURID’.

3. Masukkan KOD PASTI dan klik butang MASUK. (Untuk dapatkan KOD PASTI, ibu bapa/ penjaga boleh rujuk pada kertas infomasi pendaftaran murid baharu).

4. Seterusnya, isikan maklumat ibu bapa / penjaga dengan lengkap.

5. Kemudian, isikan semua ‘Maklumat Pasangan’ yang dikehendaki. Sekiranya pemohon tidak mempunyai sebarang maklumat di bahagian tertentu, sila taip ‘TIADA MAKLUMAT’.

6. Klik butang ‘simpan’ di bawah laman setelah semua maklumat diisi dengan sahih.

7. Kemudian, isikan semua ‘Maklumat Murid’ dengan lengkap. Klik butang ‘simpan’ setelah semua maklumat diisi.

Cara Semak Status Daftar TASKA PASTI 2023

1. Untuk semak status permohonan atau kemaskini maklumat PASTI, sila pergi ke pautan www.pastimalaysia.com.

2. Isikan nombor MyKid murid yang dipohon.

3. Kemudian, klik pada butang ‘SEMAK STATUS PERMOHONAN’.

BACA JUGA: Permohonan Tabika KEMAS 2023

Leave a Reply

%d bloggers like this: