Permohonan KISAS 2019 Kolej Islam Sultan Alam Shah

Permohonan KISAS 2019 Kolej Islam Sultan Alam Shah. Panduan buat anda yang berminat melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 di Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ambilan tahun 2019. Untuk makluman menerusi portal rasmi KPM, permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) 2019 telah dibuka mulai 1 September sehingga 30 September 2018. Berikut adalah cara permohonan KISAS 2019.

Permohonan KISAS 2019 Kolej Islam Sultan Alam Shah

Permohonan KISAS 2019 Kolej Islam Sultan Alam Shah

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan ke Tingkatan 6 SBP KISAS 2019

Antara syarat-syarat kelayakan yang diletakkan oleh KISAS seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia

2. Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3. Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6C

4. Memperolehi kepujian dalam bahasa arab tinggi sekurang-kurangnya 6C

5. Pendidikan Syariah Islamiah Pendidikan Al-Quran & As-sunnah memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik

6. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun ketika membuat permohonan.

7. Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya jayyid jiddan Lulus ujian khas kelayakan  (temuduga).

8. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam STAM di KISAS akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.

Permohonan Kemasukan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) 2019

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan ke KISAS sesi 2019 perlu memuat turun borang permohonan dengan klik pautan berikut :

==>> BORANG PERMOHONAN KE TINGKATAN 6 KISAS 2019

Nota :

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan sebelum atau pada 30 September 2018 ke alamat :

PENGARAH, BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,

ARAS BAWAH DAN 2, LOT 2251,

JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

(U.P: SEKTOR KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA)

2. Sila sertakan 1 salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bersama borang permohonan seperti berikut :

i. Keputusan SPM

ii. Kad pengenalan

iii. Surat Beranak

iv. Sijil Kokurikulum

v. Sijil Menengah Agama (SMA)

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai seperti di bawah:

1) Pn. Yusnidah @ Yusnidiah binti Mahat

yusnidah.mahat@moe.gov.my

03-83217336

2) En. Fazrul Azman bin Khairuddin

azman.khairuddin@moe.gov.my

03-83217339

Selamat membuat permohonan kemasukan ke KISAS 2019 Kolej Islam Sultan Alam Shah. Semoga anda berjaya ditawarkan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh di KISAS.

One Response

  1. ummi syafiqah binti mohd nasir December 26, 2018

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: