Permohonan Latihan Industri (LI) FELDA 2023

Permohonan Latihan Industri (LI) FELDA 2023. Nak menjalani latihan industri? Panduan buat pemohon yang ingin memohon tempat latihan industri di FELDA tahun 2023. Untuk makluman, tawaran terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS dalam mahupun luar negara. Permohonan ini boleh dibuat dengan hantarkan permohonan anda ke alamat emel uljsm.felda@felda.net.my sehingga 8 Disember 2022.

Permohonan Latihan Industri (LI) FELDA 2023

Permohonan Latihan Industri (LI) FELDA 2023

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang latihan industri di FELDA termasuk memaparkan tarikh permohonan, syarat kelayakan dan cara mohon :

Tarikh tutup permohonan: 8 Disember 2022

Apa Itu FELDA?

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau ringkasnya FELDA ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka.

Syarat Kelayakan Mohon Latihan Industri FELDA

Antara syarat-syarat kelayakan pelajar latihan industri di FELDA adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada warga FELDA.
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS dalam atau luar negara.
  • Mendapat CGPA semasa 3.0 dan ke atas.
  • Tempoh latihan tidak kurang dari 60 hari.
  • Bertetapan dengan bidang keutamaan berkaitan FELDA.
  • Bayaran elaun tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bidang Pengajian Yang Layak

  • Asas Tani
  • Perladangan
  • Kewangan
  • Sosial
  • Pengiraan
  • Teknologi
Permohonan Latihan Industri (LI) FELDA 2023

Cara Mohon Latihan Industri FELDA

Permohonan ini boleh dibuat melalui emel uljsm.felda@felda.net.my hingga 8 Disember 2022.

Sebarang pertanyaan lanjut kemasukan ke latihan industri di FELDA boleh hubungi Jabatan Pengurusan Modal Insan FELDA di talian 03-21912191 atau layari portal https://www.felda.gov.my.

BACA JUGA : Contoh Cover Letter Untuk Mohon Latihan Industri

Leave a Reply