Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2024/2025 Online (mrsm.mara.gov.my). Berminat melanjutkan pengajian ke Maktab Rendah Sains MARA? Panduan buat pelajar Tingkatan Tiga yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA. Untuk makluman, permohonan ke MRSM Tingkatan 4 tahun 2024 akan dibuka bermula pada 15 September hingga 20 Oktober 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang MARA sebelum keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 diumumkan. Bagi kemasukan ke SBP untuk pelajar Tingkatan 4 pula dibuka pada 1 Ogos 2023.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2024/2025 Online (mrsm.mara.gov.my)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Maktab Rendah Sains MARA bagi kemasukan Tingkatan Empat termasuk memaparkan syarat umum kelayakan, aplikasi permohonan dan semakan online :
Tarikh Permohonan: 15 September – 20 Oktober 2023
Maktab Rendah Sains MARA adalah merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan berpaksikan kepada pembinaan karakter para pelajar.
Syarat Umum Permohonan MRSM Tingkatan 4
Antara syarat-syarat umum kelayakan masuk ke Maktab Rendah Sains MARA bagi pengambilan Tingkatan 4 :
- Warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
- Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
- Pemohon hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan.
Cara Mohon MRSM Tingkatan 4 2024 Online
Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA boleh dibuat secara online melalui aplikasi MARA https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 4 2024
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat MRSM diumumkan selewat-lewatnya bulan Februari 2024. e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke MRSM ambilan pertama.
Nota Penting :
- Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar secara online tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga tarikh ditetapkan, permohonan dianggap tidak berjaya.
- Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
- Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.
Sebarang keterangan lanjut, sila emel ke pengambilanmrsm@mara.gov.my.
INFO BERKAITAN :