Borang Permohonan UPU 2024-25 Online (Diploma/Degree). Nak melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Perhatian buat lepasan SPM/ STPM atau Setaraf yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA ambilan 2024. Bagi pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh mengisi borang permohonan UPU secara dalam talian (online) di laman web UPU. Permohonan dibuka bermula daripada 4 Februari sehingga 31 Mac 2022.

Sebelum mengisi permohonan UPU secara online, anda dikehendaki membeli Nombor PIN UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan. Untuk makluman, bagi sesi akademik 2022/2023 pemohon tidak perlu membuat pembelian nombor PIN UPU kerana kerajaan mengenakan pengecualian akibat pandemik COVID-19.
Borang Permohonan UPU 2024 Online (Diploma/Degree)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Universiti Awam termasuk memaparkan tarikh permohonan dan pembelian PIN UPU serta syarat kemasukan :
TERKINI: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju untuk menangggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/ Unik ID kepada semua pemohon lepasan SPM, STPM/ Setaraf, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma/ Setaraf bagi sesi akademik 2022/2023.
Tarikh Penting UPU Sesi 2024
- Permohonan UPU dibuka : 4 Februari 2022
- Permohonan UPU ditutup : 31 Mac 2022
- Semakan panggilan temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : 3 Mei 2021
- Semakan panggilan Ujian MEdSI program Pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf : 31 Mei 2021
- Semakan panggilan temuduga program Bukan Pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf : 31 Mei 2021
- Fasa pengemaskinian bagi lepasan SPM : 15 Jun – 21 Jun 2021
- Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : 16 Julai – 25 Julai 2021
- Fasa pengemaskinian bagi lepasan STPM/ Setaraf : 9 Ogos – 12 Ogos 2021
- Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu ke-3 September 2021
ARTIKEL BERKAITAN: Kategori Permohonan UPU
Syarat Kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik
Sebelum anda mengisi borang permohonan UPU, pastikan anda menyemak syarat kemasukan bagi bidang pengajian masing-masing mengikut institusi yang dipohon.
Anda boleh menyemak syarat am dan syarat khas ke Universiti Awam, Politeknik dan ILKA secara online melalui portal e-Panduan.
Cara Isi Permohonan UPUOnline
- Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
- Bagi calon yang sudah mempunyai nombor Unik ID Pin UPU, anda boleh memohon melalui UPUOnline di laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/
- Pastikan kategori yang betul.
- Semak syarat kelayakan disini.
- Kira merit disini.
- Semak tren permohonan dan penawaran.
- Semak laluan kerjaya.
- Isi permohonan UPUOnline disini.
- Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Pilih program mengikut keutamaan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Klik butang “SIMPAN”.
- Cetak slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Semakan & kemaskini permohonan adalah tanpa had.
NOTA: Sebelum mengisi borang permohonan UPUOnline, pastikan anda telah membuat pembelian nombor pin UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 8200
Faks : 03-8870 6864
BACA JUGA :