Permohonan Gantian MyKad Online (Kad/ Cip Rosak). Nak mohon gantian MyKad, tapi tak nak tunggu giliran yang lama di JPN? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin membuat gantian atau hilang kad pengenalan diri. Untuk makluman, kini pemohon boleh membuat gantian MyKad secara dalam talian (online) di portal https://gantianmykad.jpn.gov.my. Selain itu, anda juga boleh buat gantian MyKad secara MyPhone-In iaitu perkhidmatan melalui telefon. Dengan adanya sistem online ini, pemohon tidak perlu menunggu lama ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memohon gantian MyKad baharu. Permohonan gantian kad pengenalan merangkumi permohonan gantian rosak, hilang, tukar alamat, gantian setelah berumur 18 tahun dan lain-lain sebab gantian kad pengenalan.
Permohonan Gantian MyKad Online (Kad/ Cip Rosak)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang penggantian MyKad termasuk syarat permohonan, jenis gantian dan cara mohon :
Syarat Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui MyPhone-In JPN
- Gantian MyKad biasa atau cip/kad rosak sahaja
- Bayaran permohonan RM10 dibayar semasa mengambil kad
- Hanya boleh dilakukan oleh pemilik Mykad sendiri sahaja
- Tiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar
Jenis Permohonan Penggantian MyKad
a. Gantian kad rosak
b. Gantian cip rosak
c. Gantian biasa menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k
d. Gantian disebabkan kehilangan (kali pertama)
Cara Permohonan Penggantian MyKad Online
A. Secara Online
Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal https://gantianmykad.jpn.gov.my/
Tempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :
a) Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
b) Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia.
c) Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak.
B. Melalui Telefon
Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi di talian 03 8880 8066.
NOTA: Bayaran permohonan dikenakan sebanyak RM10 dibayar semasa mengambil kad pengenalan di JPN.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.
BACA JUGA: Cara Mohon MyKid Untuk Anak