Permohonan Program Graduan Cemerlang 2020 Online (GREP)

Permohonan Program Graduan Cemerlang 2020 Online (GREP). Berminat buat permohonan pinjaman pelajaran? Berita baik buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana dan PH.D. Untuk makluman, MARA mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon Program Graduan Cemerlang (GREP) untuk sesi pengajian peringkat Sarjana dan PH.D tahun 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online mulai 31 Mac hingga 13 April 2020 menerusi laman web rasmi MARA.

Permohonan Program Graduan Cemerlang 2020 Online (GREP)

MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Permohonan Program Graduan Cemerlang 2020 Online (GREP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Graduan Cemerlang termasuk memaparkan syarat kemasukan, senarai kursus dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 31 Mac – 13 April 2020

Syarat Kemasukan Program Graduan Cemerlang 2020

Antara syarat-syarat kelayakan Program Graduan Cemerlang adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2020:
Peringkat Pengajian Had Umur
Sarjana Dalam NegaraTidak melebihi 40 tahun
Sarjana Luar NegaraTidak melebihi 35 tahun
Doktor Falsafah Dalam NegaraTidak melebihi 45 tahun
Doktor Falsafah Luar Negara Tidak melebihi 40 tahun

B. Syarat Khas

  • Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  • Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  • Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

TEMPOH PINJAMAN

Tempoh pinjaman bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

a. Sarjana : 1 – 2 tahun

b. PhD : 4 tahun

Permohonan Program Graduan Cemerlang 2020 Online (GREP)

Senarai Kursus Program Graduan Cemerlang 2020

  1. Chemical Engineering
  2. Civil Engineering
  3. Mechanical
  4. Electrical & Electronic
  5. Robotics & Automation
  6. Telecommunication Engineering
  7. Mechatronic
  8. Nanotechnology
  9. Petroleum Engineering
  10. Solar Energy
  11. Wind Energy
  12. Environmental Engineering
  13. Marketing Management
  14. E-business
  15. International Business Management

Cara Permohonan Program Graduan Cemerlang Online

  1. Untuk permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web MARA https://myeduloan.mara.gov.my/v3/.
  2. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Semakan Keputusan Program Graduan Cemerlang 2020

Semakan keputusan Program Graduan Cemerlang tahun 2020 boleh dibuat secara online menerusi aplikasi https://myeduloan.mara.gov.my/v3/.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2613 2103 / 35032 / 32067 / 32106
Emel : pascasiswazah@mara.gov.my

Leave a Reply