Permohonan NPQEL 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan NPQEL 2024 Online (Semakan Keputusan). Apa itu program NPQEL? Panduan buat calon yang ingin membuat permohonan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) ambilan 2023. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan permohonan NPQEL 2022 boleh dibuat bermula pada 31 Mei hingga 8 Ogos 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi NPQEL MPPS.

Permohonan NPQEL 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan hanya dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan sahaja dan mengikut bidang pengkhususan (Lampiran A) serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan (Lampiran B dan C).

Permohonan NPQEL 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : 31 Mei – 8 Ogos 2021

Syarat Kelayakan Permohonan NPQEL

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan NPQEL adalah seperti berikut :

A. Syarat Umum

(a) Telah disahkan dalam perkhidmatan;
(b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;
(c) Bebas daripada tindakan tatatertib;
(d) Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;
(e) Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
(f) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

B. Syarat Khusus

(a) Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;
(b) Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
– Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam;
– Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil;
(c) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/ Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/ Bahagian/Institut Aminuddin Baki/Institut Pendidikan Guru/Kolej Matrikulasi;
(d) Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan);
(e) Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013)

Cara Permohonan Program NPQEL Online

Permohonan ini boleh dibuat dengan memuat turun borang seperti berikut ;

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk di bawah;

Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA.
No. Tel: 03-8884 7959/7883/7868/7882

Sumber : KPM

Leave a Reply