Permohonan Politeknik 2025/2026 Online Jun & Disember (ambilan.mypolycc.edu.my). Berminat melanjutkan pengajian di Politeknik Malaysia? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin memasuki Politeknik sebagai destinasi pengajian mereka. Untuk makluman, permohonan kemasukan Politeknik bagi program Diploma sepenuh masa untuk sesi 1 2025/2026 dibuka pada 21 Mac hingga 21 April 2025. Manakala pengambilan Politeknik sesi Disember 2025, permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ambilan.mypolycc.edu.my.

Permohonan Politeknik 2025 Online Kemasukan Jun & Disember
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Politeknik sesi Jun dan Disember bagi program Pra-Diploma / Diploma termasuk memaparkan tarikh penting, aplikasi online dan cara hubungi :
Politeknik adalah merupakan salah satu institusi pengajian tinggi selepas universiti. Objektif penubuhan Politeknik adalah untuk menjadi institusi peneraju TVET dalam bidang teknikal pada peringkat Diploma dan ke atas. Sehingga kini terdapat 36 politeknik yang dibahagikan kepada Politeknik Premier, Konvensional dan MeTRO.
Tarikh Permohonan Kemasukan ke Politeknik
SESI 1 2025/2026
- Permohonan dibuka : 21 Mac – 21 April 2025 (Fasa 1)
- Semakan panggilan temuduga : 28 April 2025
- Sesi temuduga : 7 – 13 Mei 2025
- Semakan keputusan permohonan : 18 Jun 2025
- Cetakan surat tawaran : 18 Jun 2025
- Permohonan rayuan : 18 Jun 2025
- Pendaftaran pelajar : 27/28 Julai 2025
Semakan Syarat Kemasukan Ke Politeknik Online
Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Politeknik Premier/ Konvensional & METrO di peringkat pengajian Diploma sila semak syarat kelayakan menerusi laman web https://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

Cara Mohon Politeknik Online
Untuk permohonan kemasukan ke Politeknik dibuka sebanyak dua kali bagi sesi Jun 2025 (UPUOnline) dan sesi Disember 2025 menerusi laman web Politeknik.
Bagi pengambilan sesi Jun 2025, calon boleh membuat permohonan kemasukan ke Politeknik menerusi laman web https://upu.mohe.gov.my/. Manakala sesi Disember 2025 boleh terus dibuat menerusi portal https://ambilan.mypolycc.edu.my/
Senarai Bidang Ditawarkan di Politeknik Malaysia
Antara bidang atau program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Malaysia adalah seperti berikut :
- Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Elektrikal / Perkapalan/ Petrokimia/ Penyelenggaraan Pesawat
- Perdagangan
- Pelancongan dan Hospitaliti
- Rekabentuk dan Komunikasi Visual
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sebarang pertanyaan tentang kemasukan
Politeknik boleh hubungi ;
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
No. Hotline 1 : 03-8870 8200
No. Faks : 03-8870 6864
Atau :
Bahagian Pengambilan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
No. Tel : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/
9258/ 9259/ 9263/ 9340
No. Faks : 03-8891 9323
BACA JUGA :
bila ambilan disember 2021 dibuka
bila ambilan disember 2021 dibuka untuk politeknik