Pendaftaran MUET on Demand 2019 Online (MoD)

Pendaftaran MUET on Demand 2019 Online (MoD). Adakah anda calon yang ingin mengambil exam MUET untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah? Panduan buat pelajar lepasan STPM/Matrikulasi dan Diploma yang ingin menduduki peperiksaan MUET untuk kemasukan Universiti Awam bagi peringkat Ijazah Pertama. Menerusi kenyataan daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memperkenalkan satu sistem baharu iaitu MUET on Demand (MoD). Calon boleh membuat pendaftaran ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) dan Paper Based Test secara online di portal rasmi MPM.

Pendaftaran MUET on Demand 2019 Online (MoD)

Untuk makluman, seperti sebelum ini pendaftaran MUET akan dijalankan pada 3 sesi iaitu sesi 1, 2 dan 3 (Mac, Julai & November). Tujuan adanya MUET on Demand adalah untuk membantu pelajar untuk memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan bagi permohonan kemasukan ke Universiti Awam.

Pendaftaran MUET on Demand 2019 Online (MoD)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran MUET on Demand (MoD) 2019 termasuk perbezaan MoD dan aplikasi permohonan :

Cara Daftar MUET on Demand Online

○ Aplikasi Pendaftaran : http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register

Perbezaan MUET on Demand (MoD) Dengan MUET Biasa

A. MUET on Demand (MoD)

1. Tarikh peperiksaan bergantung kepada pemintaan pemohon.

2. Yuran peperiksaan MUET adalah berjumlah RM250.

3. Peperiksaan dijalankan menggunakan aplikasi atas talian (online)/ komputer.

4. Keputusan peperiksaan MUET lebih cepat dikeluarkan daripada MUET sedia ada iaitu dalam masa 3 minggu selepas menduduki ujian.

5. Peperiksaan MUET akan diadakan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Eco Sky WPKL.

B. MUET Biasa

1. Peperiksaan akan diadakan pada 3 sesi setiap tahun iaitu sesi 1 (Mac), sesi 2 (Julai) dan sesi 3 (November).

2. Yuran peperiksaan MUET adalah berjumlah RM100.

3. Peperiksaan dilaksanakan secara menulis iaitu menggunakan kertas dan pensil.

4. Keputusan peperiksaan MUET akan dikeluarkan dalam jangka masa 2 bulan selepas tarikh menduduki ujian.

5. Peperiksaan diadakan di semua pusat yang ditetapkan oleh MPM termasuk di sekolah-sekolah.

BACA JUGA : Jadual Peperiksaan MUET 2019 MPM

Semoga perkongsian tentang Ujian MUET on Demand dapat membantu calon membuat pendaftaran online. Selamat menduduki exam MUET.

Kredit : Afterschool

Leave a Reply

%d bloggers like this: