Syarat Kemasukan KPTM 2023 Terkini

Syarat Kemasukan KPTM 2023 Terkini. Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin membuat permohonan kemasukan ke KPTM ambilan 2023. Apakah syarat kemasukan KPTM terkini? Untuk makluman menerusi laman bharian, Majlis Amanah Rakyat (MARA) melonggarkan syarat minimum bagi kemasukan dan pemberian pinjaman bagi pelajar baharu di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Bagi anda yang berminat boleh buat permohonan KPTM secara online di laman web rasmi www.kptm.edu.my.

Syarat Kemasukan KPTM 2022 Terkini

Syarat Kemasukan KPTM 2023 Terkini

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Kolej Poly-Tech MARA termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Kolej Poly-Tech MARA atau sebelum ini dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA adalah sebuah institusi pendidikan di Malaysia yang ditubuhkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd dan didaftarkan sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Kini, KPTM mempunyai 1 kolej universiti dan 7 kolej cawangan yang mengendalikan program-program sepenuh masa.

Syarat Kemasukan Kolej Poly-Tech MARA

Antara syarat-syarat kemasukan ke Kolej Poly-Tech MARA yang perlu diikuti adalah :

i. Pendapatan kasar bulanan ibubapa / penjaga pelajar hendaklah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.

ii. Warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera.

iii. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.

iv. Telah ditawarkan mengikut pengajian secara sepenuh masa di peringkat Program Persediaan / Pra Universiti atau Diploma atau Higher National Diploma (HND) atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di IPTS, IPTA atau IPMa di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP).

v. Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan.

vi. Pelajar yang ditawarkan ke pengajian IPTA adalah tidak layak memohon kecuali mereka yang ditawarkan pengajian di peringkat Program Persediaan / Pra-U di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP).

Permohonan Kemasukan ke KPTM 2023 Online

  1. Permohonan kemasukan ke Kolej Poly-Tech MARA boleh dibuat secara online di laman web http://application.kptm.edu.my/
  2. Untuk semakan keputusan kemasukan ke KPTM boleh disemak secara online di laman http://application.kptm.edu.my/v2/

Untuk dapatkan keterangan lanjut, sila hubungi ;

Kolej Poly-Tech MARA
Level 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100, Kuala Lumpur.

Tel : 03-9179 5600
Fax : 03-9281 7491
Email: marketing@gapps.kptm.edu

BACA JUGA : Senarai Kursus Ditawarkan di KPTM

3 Comments

  1. Nor syafiera October 11, 2021
  2. Nur fitrah October 13, 2021
  3. Nur Aisyah December 5, 2022

Leave a Reply