Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2019 (Semester)

Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2019 Online (Semester). Anda calon peperiksaan STPM? Panduan buat Tingkatan Enam yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2019. Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2019. Sudah pasti di antara calon yang ingin membuat semakan semula keputusan STPM bagi mereka yang kurang berpuas hati dengan keputusan yang diterima. Untuk makluman, calon STPM boleh membuat semak semula keputusan peperiksaan mengikut semester pada tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2019 (Semester)

Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2019 Online (Semester)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semak semula keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia termasuk memaparkan panduan semakan, kadar bayaran dan cara hubungi :

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sangat lah penting buat pelajar Tingkatan Enam yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam untuk program Ijazah Sarjana Muda.

Cara Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM

  1. Permohonan semak semula keputusan ini boleh dibuat dengan membuat pembelian No Pin MEC yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional.
  2. Setiap calon hanya boleh membuat satu permohonan semak semula sahaja bagi setiap penggal atau semester peperiksaan.
  3. Setelah anda membuat nombor pin MEC, sila layari di pautan yang disediakan di bawah atau terus ke laman MPM.
  4. Sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda dash (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor angka giliran anda yang didaftarkan.

Artikel Berkaitan : Gred Pemarkahan STPM 2020

Cara Pembelian No Pin MEC

Bagi anda yang nak buat pembelian nombor pin MEC untuk permohonan rayuan semula keputusan STPM boleh dibuat secara atas talian atau terus ke Bank Simpanan Nasional. Untuk pembelian online terus ke laman di bawah ;

Pembelian Online : https://dapatpay.dapat.com/mpm/

Semak Status Permohonan Rayuan Semak Semula

Bagi anda yang nak semak status rayuan dan keputusan semak semula sila layari ke pautan di bawah ;

Untuk makluman lanjut sila hubungi seperti berikut ;

MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL
PERSIARAN 1
BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN

NO. TEL: 03-61261600
NO. AKS: 03-61361488
E-MAIL: ppa@mpm.edu.my
WEB: http://www.mpm.edu.my/

Leave a Reply