Permohonan Rayuan UPUOnline 2024-25 Lepasan STPM/Setaraf. Bilakah tarikh permohonan rayuan UPU 2024/2025 dibuka? Panduan buat lepasan STPM/ Setaraf yang ingin membuat permohonan rayuan UPU sesi akademik 2024/2025. Sebelum itu, tahniah kepada calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia. Bagi calon yang gagal pula masih ada peluang lagi dengan mengemukakan rayuan UPU di laman web rasmi UPU.
Menurut daripada Kalendar UPU, permohonan rayuan UPU bagi lepasan STPM/ Setaraf akan dibuka mulai 6 September sehingga 15 September 2024. Permohonan rayuan UPU dibuka hanya kepada pelajar lepasan STPM/setaraf yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik Premier sahaja. Bagi calon yang nak buat rayuan kali kedua tidak perlu lagi kemukakan rayuan kerana ia secara automatik nama calon di senaraikan bagi yang gagal mendapat tawaran pada rayuan pertama.
Permohonan Rayuan UPUOnline 2024-25 Lepasan STPM/Setaraf
Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang permohonan rayuan UPU Lepasan STPM termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi rayuan UPU :
Tarikh rayuan: 6 September – 15 September 2023
Cara Permohonan Rayuan UPU Lepasan STPM/ Setaraf Online
1. Calon Lepasan STPM/Setaraf yang gagal untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di https://upu.mohe.gov.my/
2. Sila Log Masuk akaun anda dengan masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
3. Hanya empat pilihan program sahaja yang perlu diisi.
4. Pastikan anda klik ‘SAH & HANTAR‘ permohonan anda.
5. Sila pastikan anda mencetak Slip Permohonan rayuan UPUOnline ke Universiti Awam & Politeknik Premier.
NOTA: Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.
Cara Semak Keputusan Rayuan UPU Online
Bagi anda yang telah membuat permohonan rayuan UPU, semakan keputusan rayuan UPU bagi lepasan STPM dijangka diumumkan pada bulan Oktober 2024. Pastikan anda sentiasa alert dengan pengumuman terkini daripada portal UPU.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi helpline UPU di talian 03 – 8870 8200 atau layari ke laman web UPU.
BACA JUGA: Senarai Universiti Awam dan IPTA di Malaysia
Sumber: MOHE