Syarat Kemasukan Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Syarat Kemasukan Akademi Laut Malaysia (ALAM). Apakah syarat kelayakan permohonan Akademi Laut Malaysia? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Akademi Laut Malaysia (ALAM). Untuk makluman, ALAM adalah sebuah institusi maritim di Malaysia yang menawarkan pelbagai program maritim dan pelayaran kepada lepasan SPM. Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke ALAM 2020 secara online di laman web rasmi ALAM.

Syarat Kemasukan Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Syarat Kemasukan Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ALAM termasuk memaparkan syarat khas program :

Akademi Laut Malaysia (Malaysian Maritime Academy) atau singkatan ALAM adalah sebuah institusi maritim yang menawarkan program/ kursus maritim bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Kampus utama ALAM terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka.

Syarat Khas Kemasukan ALAM

Antara syarat-syarat kemasukan ke Akademi Laut Malaysia bagi Diploma Kejuruteraan Marin dan Diploma Pengajian Nautika :

A. Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)

i. Mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya minimum C atau kredit yang baik dalam lima (5) subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik.

ii. Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia daripada 18 tahun sehingga 25 tahun.

iii. Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal.

iv. Ketinggalan minimum adalah 158 cm dan berat 48 kg bagi calon lelaki manakala ketinggalan minimum untuk calon perempuan adalah 155 cm dan berat 42 kg.

v. Tidak rabun warna.

B. Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)

i. Mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya minimum C atau kredit yang baik dalam lima (5) subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik.

ii. Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia daripada 18 tahun sehingga 25 tahun.

iii. Ketinggalan minimum adalah 158 cm dan berat 48 kg bagi calon lelaki manakala ketinggalan minimum untuk calon perempuan adalah 155 cm dan berat 42 kg.

iv. Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal.

v. Tidak rabun warna.

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan ALAM 2020

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang kemasukan ALAM, sila hubungi ;

Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
78200 Kuala Sungai Baru
Melaka
No. Tel: 06 – 3882307
Web: http://www.alam.edu.my

Leave a Reply