Pendaftaran MUET Julai 2020 Online (Sesi 2)

Pendaftaran MUET Julai 2020 Online (Sesi 2). Bilakah tarikh pendaftaran MUET sesi Julai 2020? Perhatian buat calon yang ingin membuat pendaftaran peperiksaan MUET tahun 2020. Untuk makluman menerusi portal dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET sesi 2 telah dibuka bermula daripada 4 Februari sehingga 24 Mac 2020. Bagi anda yang ingin membuat pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang MPM.

Pendaftaran MUET Julai 2019 Online (Sesi 2)

Untuk dapatkan maklumat terkini tentang pendaftaran peperiksaan MUET yang ditetapkan oleh MPM boleh dirujuk di Kalendar MUET tahun 2020. Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, sememangnya anda WAJIB mempunyai sijil MUET sebagai pra syarat kemasukan ke universiti awam.

Pendaftaran MUET Julai 2020 Online (Sesi 2)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran MUET 2020 termasuk memaparkan tarikh-tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Penting MUET Sesi Julai 2020

○ Tarikh pendaftaran : 4 Februari – 24 Mac 2020

○ Ujian Speaking : 9, 10, 11, 15, 16 dan 17 Jun 2020

○ Ujian Bertulis : 20 Jun 2020

Borang Pendaftaran MUET Julai 2020 Online

Bagi pemohon yang ingin menduduki Ujian MUET sesi Julai, anda boleh mengisi borang pendaftaran MUET secara online seperti berikut :

1. Aplikasi Permohonan: eSubmission MPM Online

2. Bagi calon Persendirian MUET boleh merujuk cara pendaftaran dengan klik MUET DAFTAR .

Nota : Calon dinasihatkan membeli Nombor Pin MUET dahulu di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Semakan Keputusan MUET Sesi 2 Julai 2020

1. Keputusan MUET bagi calon sekolah atau institusi akan dihantar kepada Pengetua sekolah/institusi berkenaan melalui SPP JPN manakala bagi calon persendirian individu pula, keputusan akan dihantar melalui pos ke alamat yang calon daftarkan secara online.

2. Calon juga boleh menyemak keputusan ujian MUET secara dalam talian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau melalui SMS dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Semoga calon mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan MUET tahun 2020.

Leave a Reply

%d bloggers like this: