Permohonan SBP Tingkatan 4 2025/2026 Online (spskt4.moe.gov.my). Berminat melanjutkan pengajian ke SBP? Panduan buat calon Tingkatan Tiga yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh ambilan 2025-26 bagi Tingkatan 4 boleh dibuat bermula daripada 1 Ogos hingga 8 September 2024. Manakala, kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pula akan dibuka sekitar bulan Ogos/ September 2024.
Permohonan SBP Tingkatan 4 2025/2026 Online (spskt4.moe.gov.my)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Sekolah Berasrama Penuh bagi Tingkatan 4 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan tawaran :
Tarikh Permohonan: 1 Ogos – 8 September 2024
Syarat Umum Permohonan SBP Tingkatan 4
Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tingkatan 4 iaitu :
- Pelajar mestilah warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
- Mencapai aras toleransi dalam ujian kemasukan SBP (UKSBP).
- Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
- Aktif dalamĀ kokurikulum.
Aliran Matapelajaran SBP Tingkatan 4
Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat SBP adalah seperti berikut :
Cara Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2025 Online
Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh ambilan tahun 2025 boleh dibuat secara online melalui https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/panduan.cfm
Semakan Keputusan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2025
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya bulan Januari 2025. Permohonan rayuan SBP akan dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.
NOTA:
1. Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
2. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
3. Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan atau menolak pendaftaran tersebut.
4. Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.
Sebarang keterangan lanjut, ibu bapa atau penjaga dan murid boleh layari ke laman sesawang KPM http://www.moe.gov.my
BACA JUGA: