Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2024 (SPZAS IPT)

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2024 (SPZAS IPT). Anda sedang mencari bantuan pendidikan atau pinjaman pelajaran? Berita baik buat pelajar IPT khususnya anak jati Selangor yang ingin membuat permohonan pinjaman pendidikan untuk kemasukan IPTA/ IPTS. Untuk makluman menerusi portal zakatselangor, bagi yang berkelayakan dipelawa untuk membuat permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS IPT) tahun 2022 akan dibuka mulai 3 Oktober hingga 3 Disember 2022. Permohonan ini terbuka kepada pelajar IPT untuk pengajian separuh masa dan sepenuh masa. Pemohon boleh membuat permohonan ini secara dalam talian menerusi Portal Rasmi Zakat Selangor.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2022 (SPZAS IPT)

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara. Keutamaan sumbangan ini khususnya kepada golongan berpendapatan pertengahan dengan menggunakan kaedah pengiraan Haddul Kifayah yang lebih adil.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2024 (SPZAS IPT)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar bayaran, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh permohonan : 3 Oktober – 3 Disember 2022

Syarat Kelayakan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2023

Antara syarat-syarat yang pemohon perlu memenuhi untuk permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor :

1. Beragama Islam.

2. Warganegara Malaysia.

3. Lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

4. Permohonan hanya untuk pelajar IPT dalam negara bagi semester dua dan ke atas sahaja di peringkat sijil/ pra universiti/ asasi/ matrik/ pra diploma/ diploma/ ijazah pertama/ sijil profesional dan ijazah sarjana.

5. Pendapatan seisi keluarga atau rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.

Kadar Sumbangan

  • RM700 bagi SPZAS dalam negara & RM1,000 hingga RM2,500 bagi SPZAS luar negara.
  • Sumbangan adalah di bawah peruntukan Asnaf Fisabillah.

Cara Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Online

Bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor https://www.zakatselangor.com.my/sspza

Nota : Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Dokumen Perlu Disertakan

Terdapat lapan dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

1. Kad Pengenalan Pemohon

2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga

3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga

4. Bil api/bil air

5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji)

6. Borang/Surat Pengesahan Belajar Terkini

7. Borang Pengesahan Permastautinan Terkini

8. Penyata Akaun Bank (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)

9. Kad OKU (Jika Berkenaan)

10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)

*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas.

Semakan Status Permohonan SPZAS IPT 2023 Online

Pemohon boleh menyemak status permohonan SPZAS IPT dengan melayari laman web LZS di www.zakatselangor.com.my/spzas. Maklum balas status permohonan juga akan diemelkan kepada pemohon.

Untuk keterangan lanjut, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343.

Sumber : Zakat Selangor 

2 Comments

  1. yusni bt mohd yasin December 23, 2019
  2. MUHAMAD IKRAM BIN HALIM January 15, 2020

Leave a Reply