Syarat Kemasukan UiTM 2019 Terkini

Syarat Kemasukan UiTM 2019 Terkini. Adakah anda pemohon Universiti Teknologi MARA (UiTM) ambilan sesi 2019? Panduan buat pemohon khususnya yang ingin membuat permohonan kemasukan ke UiTM sesi akademik 2019/2020. Untuk makluman, permohonan UiTM boleh dibuat sebanyak dua kali setahun mengikut peringkat pengajian yang ditawarkan. Permohonan kemasukan ke UiTM boleh dibuat secara online di laman web upu.mohe.gov.my atau terus ke laman sesawang http://online.uitm.edu.my mengikut jadual pengambilan. Sebelum membuat permohonan, anda perlu tahu dahulu syarat kemasukan UiTM terkini?

Syarat Kemasukan UiTM 2019 Terkini

Syarat Kemasukan UiTM 2019 Terkini

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan UiTM bagi pengambilan 2019-2020 dalam program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda :

1. Calon Lepasan SPM/ Setaraf

● Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian.

● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

2. Calon Lepasan STPM/ Setaraf

● Lulus SPM / setaraf dengan baik.

● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.

● Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

● Mengambil Malaysian University English Test (MUET).

3. Calon Lepasan Matrikulasi

● Lulus SPM / setaraf dengan baik.

● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.

● Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00

● Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

4. Calon Lepasan Diploma

● Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian.

● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.

● Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti.

● Mengambil Malaysian University English Test (MUET).

Aplikasi Semakan Syarat Kemasukan UiTM

Berita baik buat calon dimana anda boleh membuat semakan syarat kelayakan kemasuka ke UiTM menerusi dalam talian seperti berikut ;

Aplikasi Semakan : http://esyarat.uitm.edu.my

Untuk keterangan lanjut tentang pengambilan & kemasukan ke UiTM, sila hubungi di talian seperti berikut ;

Bahagian Pengambilan Pelajar

Bangunan Pusat Antarabangsa UiTM (UIC)

40450 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

Telefon: 03-55443164/65/66/74/75

Faks: 03-55443170

Laman web rasmi: http://pengambilan.uitm.edu.my/

Selamat membuat semakan syarat kemasukan UiTM. Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar mengetahui kelayakan dalam bidang masing-masing bagi kemasukan ke Universiti Teknologi MARA.

5 Comments

  1. LINA BT ISMAIL April 6, 2018
  2. Nuranisah m.saleh May 4, 2018
  3. Asyraf Dimyati May 23, 2018
  4. Azira Syafiqah June 3, 2018
  5. Ismail Md Noor November 9, 2018

Leave a Reply

%d bloggers like this: