Senarai UiTM di Malaysia & Kursus Yang Ditawarkan 2025. Berminat melanjutkan pengajian ke UiTM? Panduan buat pelajar lepasan SPM/ STPM yang berminat membuat permohonan kemasukan UiTM ambilan 2025. Untuk makluman, permohonan UiTM ambilan 2025 telah dibuka bermula bulan Februari 2025 menerusi Permohonan UPUOnline. Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali dalam setahun iaitu pada sesi Mac dan September bagi program Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

Universiti Teknologi MARA atau ringkasnya UiTM adalah merupakan sebuah universiti awam yang berpusat di Shah Alam. Menurut sumber daripada Portal Rasmi Bahagian Kemasukan Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, kini terdapat 35 buah kampus UiTM yang terdiri daripada satu kampus utama, 13 kampus negeri berautonomi dan 21 kampus satelit. Sehingga kini, UiTM menawarkan lebih kurang 515 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana.
Senarai UiTM di Malaysia & Kursus Yang Ditawarkan 2025
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai UiTM di Malaysia termasuk memaparkan program/ kursus yang ditawarkan :
Perbezaan Kampus Utama, Kampus Satelit Dan Kampus Cawangan
Kampus Utama
UiTM diketuai oleh seorang Naib Canselor. Kampus utama terletak di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Seksyen 1 di Shah Alam. Kampus ini menempatkan Pejabat Canselor dan Pendaftaran dimana ia berperanan sebagai pusat pentadbiran. Universiti induk terdiri daripada kampus utama di Shah Alam dan Kampus Cawangan Selangor (Puncak Alam, Selayang, Sungai Bulo, Puncak Perdana, Dengkil dan Jalan Othman).
Kampus Cawangan
Kampus cawangan diketuai oleh Rektor yang bertanggungjawab kepada Naib Canselor. UiTM mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan. Setiap negeri boleh mempunyai lebih dari satu kampus. Kampus-kampus utama negeri diketuai oleh Rektor dan kampus yang lebih kecil atau dipanggil kampus bandar diketuai oleh Penolong Rektor. Kampus negeri terutamanya menawarkan program pada peringkat pra-diploma dan diploma dalam bidang yang ditetapkan oleh kampus utama. Beberapa program ijazah dan pasca siswazah juga ditawarkan melalui perjanjian francais dengan kampus utama.
Kampus Satelit
Kampus Satelit boleh juga disebut sebagai kampus cabang yang acara fizikalnya terletak jauh dari kampus induk. Setiap kampus satelit diketuai oleh Penolong Naib Canselor atau ketua pusat pembelajaran.
Senarai Universiti Teknologi MARA & Alamat
A. Kampus Satelit
1. Kampus UiTM Seksyen 17 (INTEC), Shah Alam, Selangor
2. Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
3. Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
4. Kampus UiTM Puncak Alam, Shah Alam,
5. Kampus UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor (Hospital pengajar untuk Fakulti Perubatan UiTM)
6. Kampus UiTM Dengkil, Selangor (Pusat Asasi UiTM)
B. Kampus Cawangan
1. Kampus UiTM Arau, Perlis
2. Kampus UiTM Dungun, Terengganu
3. Kampus UiTM Sri Iskandar, Perak
4. Kampus UiTM Samarahan, Sarawak
5. Kampus UiTM Sungai Petani, Kedah
6. Kampus UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
7. Kampus UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
8. Kampus UiTM Alor Gajah, Melaka
9. Kampus UiTM Segamat, Johor
10. Kampus UiTM Jengka, Pahang
11. Kampus UiTM Machang, Kelantan
12. Kampus UiTM Kota Kinabalu, Sabah
13. Kampus UiTM Jasin, Melaka
14. Kampus UiTM Bertam, Pulau Pinang
15. Kampus UiTM Bukit Besi, Terengganu
16. Kampus UiTM Tapah, Perak
17. Kampus UiTM Rembau, Negeri Sembilan
18. Kampus UiTM Balik Pulau, Pulau Pinang
19. Kampus UiTM Pasir Gudang, Johor
20. Kampus UiTM Teluk Intan, Perak
21. Kampus UiTM Chendering, Terengganu
22. Kampus UiTM Raub, Pahang
C. Kampus Bandar
1. Kampus UiTM Mukah, Sarawak
2. Kampus UiTM Tawau, Sabah
3. Kampus UiTM Johor Bahru, Johor
4. Kampus UiTM Raub, Pahang
5. Kampus UiTM Bukit Sekilau, Pahang
6. Kampus UiTM Alor Setar, Kedah
7. Kampus UiTM Bandaraya Melaka, Melaka
8. Kampus UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan
9. Kampus UiTM Bandar Kota Bharu, Kelantan
Artikel Berkaitan : Syarat Kemasukan ke UiTM
Senarai Program / Course Yang Ditawarkan UiTM 2023
Berikut senarai program atau kursus yang ditawarkan di UiTM :
3. Profesional
4. Penerapan
Untuk maklumat lanjut sila layari ke laman web rasmi UiTM https://uitm.edu.my/.
BACA JUGA: Permohonan Kemasukan ke UiTM