Permohonan UMPSA 2024 Online Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Second Intake). Berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah untuk Program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2024 dibuka pada 17 November hingga 25 Disember 2023. Selain UMPSA, terdapat beberapa Universiti Awam yang lain menawarkan second intake bagi program Diploma dan Sarjana Muda.
Permohonan UMPSA 2024 Online Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Second Intake)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan. Selain anda membuat permohonan secara terus ke portal UMPSA, anda boleh membuat permohonan menerusi UPUOnline yang akan dibuka setiap tahun.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah atau ringkasnya UMPSA adalah Institut Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia yang terletak di Kuantan, Pahang. Universiti ini dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) dan ditukarkan kepada UMP pada tahun 2007. Universiti ini menawarkan beberapa fakulti pengajian antaranya iaitu Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian dan banyak lagi.
Tarikh Penting Kemasukan UMPSA 2024
- Iklan Permohonan : 17 November – 25 Disember 2023
- Tarikh Daftar : –
Syarat Kemasukan ke UMPSA 2024
Antara syarat-syarat kemasukan ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah adalah seperti berikut :
A. Syarat Am
- Lepasan Diploma/ Matrikulasi/ Politeknik/ STPM/ STAM/ A-Level
- Minimum kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia dan lulus Sejarah pada peringkat SPM
B. Syarat Khas
Tertakluk kepada program pengajian.
Senarai Kursus Ditawarkan di UMPSA 2024
Di UMPSA terdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan antaranya iaitu kejuruteraan dan teknikal yang berkualiti dan diiktiraf pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan.
SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (Lepasan Diploma Politeknik/ UA/ IPTS/ Setaraf)
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam :
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Infrastruktur) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Bangunan) dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik :
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses :
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal) dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik :
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (Robotik) dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automatif :
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automatif) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Analisis) dengan Kepujian
SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (Lepasan Diploma Politeknik/ UA/ IPTS/ Setaraf)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
- Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekatronik
- Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Pembuatan
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (Lepasan Diploma Politeknik/ UA/ IPTS/ Setaraf)
Fakulti Sains & Teknologi Industri :
- Sarjana Muda Sains Gunaan Kimia Industri dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bahan dengan Kepujian
SARJANA MUDA TEKNOLOGI (Khas bagi Lepasan DVM, DKM, DLKM)
- Sarjana Muda Teknologi Kimpalan dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri dengan Kepujian
Cara Permohonan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 2024 Online
Bagi pemohon yang berkelayakan dan berminat melanjutkan pengajian ke UMPSA, anda boleh layari ke laman sesawang UMPSA di https://admission.ump.edu.my/ump2take
Semakan Keputusan UMPSA Februari 2024 Online
Keputusan permohonan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah boleh disemak di laman web rasmi UMPSA dijangka pada bulan Januari 2024. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas pengumuman rasmi keputusan UMPSA dianggap gagal dan tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan tentang kemasukan UMPSA sila hubungi di talian berikut:
UMPSA Pekan
(Main Campus)
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan
Pahang, Malaysia
Tel: +609 431 5000
Fax: +609 431 5555
E-mail: pro@umpsa.edu.my
UMPSA Gambang
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan
Pahang, Malaysia
BACA JUGA: Senarai Universiti Awam Pengambilan Kedua
Selamat sejahtera sya dari asal sabah ingin memohon merayu pendaftran memasuk ke ijazah di universiti malaysia pahang.Jasa tuan amat dihargai terima kasih