Permohonan UTM 2026 Online (Diploma/Asasi). Berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia? Panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Untuk makluman, tawaran kemasukan ke UTM ambilan Jun/Julai 2026 bagi peringkat Asasi dan Diploma boleh dibuat bermula daripada 10 Mac hingga 30 Mei 2026. Permohonan boleh dibuat terus di laman web rasmi UTM. Selain UTM, terdapat beberapa Universiti Awam yang lain menawarkan pengambilan kedua (second intake) bagi program Diploma dan Sarjana Muda.

Permohonan UTM 2026 Online (Second Intake)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan UTM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan. Selain anda membuat permohonan secara terus ke UTM, anda boleh membuat permohonan menerusi UPUOnline yang akan dibuka setiap tahun.
Universiti Teknologi Malaysia atau ringkasnya UTM adalah Institut Pendidikan Tinggi Awam adalah merupakan universiti penyelidikan keempat selain UM, UKM, UPM dan USM. Kampus utama UTM terletak di Skudai, Johor manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan antara yang terbaik di dalam mahupun di luar negara.
Tarikh Penting Kemasukan UTM 2026
- Iklan Permohonan : sehingga 30 Mei 2026
- Keputusan Tawaran :
- Tarikh Daftar : akan dikemaskini
Syarat Kemasukan ke UTM 2026
Antara syarat-syarat kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia adalah seperti berikut :
A. Program Diploma – http://space.utm.my/wp-content/uploads/2020/02/SYARAT-KEMASUKAN-PROGRAM-DIPLOMA-UTM
B. Program Asasi – http://space.utm.my/foundation/
Senarai Program Ditawarkan Di UTM
Terdapat beberapa program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di kampus utama Johor Bahru dan Kuala Lumpur :
Lepasan Diploma (UTM Johor Bahru)
- Sarjana Muda Kejuruteraan (Bio-Perubatan)
- Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
- Sains Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan)
- Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik dan Multimedia)
- Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (TESL)
- Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Pendidikan Islam)
- Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan)
Lepasan Matrikulasi/STPM/Asasi/A-Level (UTM Johor Bahru)
- Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan)
- Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Pendidikan Islam)
- Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (TESL)
- Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Pembinaan Bangunan)
- Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Elektrik dan Elektronik)
- Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
- Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Lepasan Diploma dan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level (UTM Kuala Lumpur)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik
- Sarjana Muda Kejuruteraan Kejituan Mekanikal
- Sarjana Muda Kejuruteraan Proses Kimia
Cara Permohonan Universiti Teknologi Malaysia Jun 2026 Online

Bagi pemohon yang berminat melanjutkan pengajian ke UTM, anda boleh layari ke laman sesawang https://space.utm.my/admission-apply-now/
Semakan Keputusan UTM 2026 Online
Keputusan permohonan boleh disemak di laman web rasmi UTM dijangka pada bulan Jun 2026. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas pengumuman rasmi keputusan UTM dianggap gagal dan tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan UTM, sila berhubung terus kepada :
Level 4, Block T05,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru.
Tel: +607 531 8053/ 531 8054
Email: ambilan.space@utm.my
BACA JUGA: Senarai Universiti Awam Pengambilan Kedua


