Semakan Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus 2025/2026 (SBP/SMKA/KV/SMT/MTD)

Semakan Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus 2025/2026 (SBP/SMKA/KV/SMT/MTD). Bilakah tarikh pendaftaran Sekolah Khusus 2025? Panduan buat pelajar yang telah membuat permohanan kemasukan Sekolah Khusus ambilan 2025-26. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan keputusan tawaran kemasukan Sekolah Khusus 2025/2026 boleh disemak bermula pada 31 Januari 2025. Semakan tawaran PKSK boleh dibuat secara online melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) atau https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4). Tahniah kepada pelajar yang mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus.

Semakan Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus 2025-2026 (SBP/SMKA/KV/SMT/MTD)

Sepertimana anda tahu, KPM telah memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Semakan Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus 2025/2026 (SBP/SMKA/KV/SMT/MTD)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Sekolah Khusus termasuk memaparkan tarikh, aplikasi semakan dan rayuan:

Tarikh Semakan: 31 Januari 2025

Tarikh Menduduki PKSK 2025

Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2024 telah diadakan pada tarikh berikut:

  • Tingkatan 1 : 7 Oktober 2024
  • Tingkatan 4 : 23 September 2024

Senarai Sekolah Khusus

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Cara Semak Keputusan Sekolah Khusus 2025 Online

Bagi pelajar yang telah membuat permohanan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh semak keputusan secara online melalui pautan di bawah;

i. TINGKATAN 1 SEKOLAH KHUSUS: https://spskt1.moe.gov.my

ii. TINGKATAN 4 TAHUN 1 SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (1SVM) SEKOLAH KHUSUS: https://spskt4.moe.gov.my

Cara Permohanan Rayuan Sekolah Khusus 2025 Online

Bagi calon Tingkatan 1 yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus boleh
membuat rayuan di pautan https://spskt1.moe.gov.my bermula 31 Januari 2025.

Manakala bagi calon Tingkatan 4 yang tidak ditawaran ke mana-mana sekolah
khusus boleh membuat rayuan di atas talian di https://spskt4.moe.gov.my
bermula 31 Januari 2025.

Untuk keterangan lanjut sila emel ke PERMOHONAN.SKHUSUS@MOE.GOV.MY atau layari laman web di https://www.moe.gov.my.

Leave a Reply