Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2026 Online (Tawaran)

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2026 Online (Tawaran). Bilakah tarikh keputusan KV dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2026? Panduan buat pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan SMT ambilan 2026. Untuk makluman menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula daripada 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026. Bagi anda yang berjaya mendapat permohonan sila bawa surat tawaran dan borang permohonan yang lengkap pada sesi pendaftaran.

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2026 Online (Tawaran)

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2026 Online (Tawaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat semakan keputusan KV dan Sekolah Menengah Teknik termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan: 26 Disember 2025

Sekolah vokasional atau dikenali sebagai kolej vokasional merujuk kepada sekolah-sekolah yang menawarkan latihan kemahiran berbanding pendidikan akademik dan lebih ditumpukan kepada pelajar berpencapaian rendah.

Cara Semak Keputusan KV dan SMT Online

1. Untuk semakan keputusan KV dan SMT boleh dibuat secara dalam talian di laman web rasmi https://spskt4.moe.gov.my/

2. Masukkan No MyKad atau No. IC dalam  ruangan yang disediakan di laman sistem  semakan berkenaan.

3. Klik pada butang semakan untuk paparan keputusan permohonan pemohon.

NOTA: Imbas kod QR untuk senarai kekosongan kursus bagi rayuan KV dan SMT.

Tarikh Penting Pendaftaran & Rayuan KV dan SMT 2026

  • Pelaksanaan PKSK : –
  • Keputusan Tawaran : 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
  • Pendaftaran : 13 Januari 2026
  • Rayuan : 6 Februari – 10 Februari 2026

Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari https://www.moe.gov.my atau https://sptv.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154)

Tahniah kepada anda yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan 2026.

BACA JUGA : Senarai Sekolah Menengah Teknik dan Kursus Ditawarkan SMT

Leave a Reply