Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2018 November Online & SMS

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2018 November Online & SMS. Adakah anda calon yang telah menduduki Ujian MUET sesi 3 November 2018? Perhatian buat calon yang ingin membuat semakan keputusan peperiksaan MUET sesi November 2018. Untuk makluman menurut kalendar MUET daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), keputusan MUET sesi 3 2018 boleh dibuat semakan bermula pada hari Rabu, 5 Disember 2018. Semakan keputusan MUET ini boleh disemak secara online di portal MPM atau menerusi sistem pesanan ringkas.

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2018 November Online & SMS

Sepertimana anda tahu, Malaysia University English Test atau ringkasnya MUET diperkenalkan adalah bertujuan  mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris calon-calon Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga syarat kemasukan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bagi calon Matrikulasi, STPM dan Diploma sudah mestinya wajib menduduki peperiksaan MUET sebagai pra syarat ke UA dalam program Ijazah.

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2018 November Online & SMS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan MUET sesi November 2018 yang memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan : Mulai 5 Disember 2018

Semak Keputusan MUET November 2018

A. Semakan MUET Online

1. Semakan keputusan MUET boleh dibuat secara online di laman sesawang MPM.

2. Isikan nombor kad pengenalan anda dan klik butang SUBMIT.

Nota : semakan hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan.

B. Semakan MUET Melalui SMS

● Taipkan :

MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP & SMS ke 15888

● Contoh : MUET RESULT 950627075586 & SMS ke 15888

* Caj penghantaran RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20.

Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET November 2018

1. Bagi calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperolehi, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan penyemakan semula keputusan MUET secara online di portal MPM. Berikut adalah pautan semak semula MUET.

2. Caj yang dikenakan untuk permohonan rayuan menyemak semula keputusan MUET adalah RM70.00 sahaja. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor pin MEC di Bank Simpanan Nasional (BSN).

INFO BERKAITAN :

Permohonan Semak Semula Keputusan MUET 2018

Selamat membuat semakan keputusan MUET sesi 3 2018 secara online atau menerusi SMS. Semoga anda memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan MUET.

Leave a Reply

%d bloggers like this: