Semakan Keputusan PSPM 2025/2026 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Bilakah tarikh semakan keputusan peperiksaan Matrikulasi PSPM 2025-26? Panduan buat pelajar Matrikulasi yang telah menduduki peperiksaan PSPM. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi bagi Semester I dan III akan diumumkan pada 6 Januari 2026 (Selasa) mulai jam 10.00 pagi. Calon boleh semak keputusan PSPM secara dalam talian (online) atau menelefon kolej masing-masing.

Semakan Keputusan PSPM 2025/2026 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan PSPM Matrikulasi termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :
Tarikh Semakan: 6 Januari 2026
Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2025-26 Online
a) LAMAN WEB
1. Calon boleh membuat semakan keputusan secara online menerusi laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/
2. Masukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan. Contoh MA1655527085026295. Calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan.

b) KOLEJ MASING-MASING
Selain online, anda juga boleh dapatkan slip keputusan peperiksaan di kolej masing-masing.
c) TELEFON
Anda juga boleh hubungi Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 88844083 atau 03-8884 4020.
Permohonan semak semula keputusan PSPM boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:
i. Muat turun dokumen berkaitan permohonan melalui https://shorturl.at/F1NWC
ii. Permohonan semak semula melalui https://reskor.assessment.com.my/
iii. Pembayaran melalui https://ipayment.anm.gov.my/
Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM 2025-26
Permohonan semak semula hanya boleh dibuat bagi keputusan PSPM, Semester I & III, Sesi 2025/2026 sahaja.
BACA JUGA : Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi
Sumber : MOE


