Kad Touch N Go NFC 2024: Cara Daftar, Beli & Kegunaan

Kad Touch N Go NFC 2024: Cara Daftar, Beli & Kegunaan. Nak buat pembelian kad Touch ‘n Go NFC? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin dapatkan kad Touch ‘n Go versi baharu. Untuk makluman, kini Touch ‘n Go Sdn Bhd telah menaik taraf kad Touch’n Go dengan teknologi baharu iaitu Near Field Communication (NFC). Kad NFC ini menggunakan kaedah penghantaran data secara “wireless” melalui aplikasi Touch n Go e-Wallet. Pengguna boleh membuat pembelian kad TNG NFC secara online di aplikasi TNG e-Wallet atau secara fizikal di kedai berdaftar.

Kad Touch N Go NFC 2024: Cara Daftar, Beli & Kegunaan

Kad Touch N Go NFC 2024: Cara Daftar, Beli & Kegunaan

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kad TNG NFC termasuk memaparkan harga, kelebihan, cara beli dan pendaftaran:

Apa Itu Kad Touch ‘n Go NFC?

Kad TNG yang dinaik taraf teknologi baharu adalah kad pintar keluaran Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB). Ianya merupakan dompet elektronik (e-Wallet) yang boleh ditambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet.

Kad ini boleh digunakan sebagai pembayaran secara tanpa tunai (cashless) di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan di luar Lembah Klang kecuali Rapid Kuantan dan kawasan parkir terpilih.

Apa Itu NFC?

Near Field Communication atau ringkasnya NFC merupakan kaedah menghantar data secara “wireless” dengan menggunakan gelombang radio. Kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan.

Harga Kad Touch ‘n Go NFC

Sekeping kad TNG NFC ini berharga RM10.00 bagi reka bentuk generik.

Kad Touch N Go NFC 2023: Cara Daftar, Beli & Kegunaan

NOTA: Bagi anda yang membuat pembelian kad melalui Touch ’n Go eWallet, caj kurier tambahan akan ditanggung oleh pembeli.

Cara Daftar Dan Beli Kad Touch ‘n Go NFC

A. Pembelian Di Kedai Berdaftar

Pembelian kad TNG yang dinaik taraf boleh didapati di stesen minyak, kedai runcit dan kiosk layan diri yang terpilih. Senarai kedai-kedai berdaftar yang menjual kad ini secara sah, sila rujuk pautan ini https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/

B. Pembelian Online Melalui Touch n Go eWallet

Selain itu, anda boleh membeli kad TNG NFC secara online melalui Touch ’n Go eWallet. Sila ikuti langkah-langkah di bawah;

  1. Klik pada ikon TNG Card.
  2. Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah skrin.
  3. Klik Order Now.
  4. Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy Now.
  5. Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan.
Kad Touch N Go NFC 2023: Cara Daftar, Beli & Kegunaan

NOTA: Anda hanya boleh mendaftar maksimum 5 kad sahaja bagi setiap akaun Touch ‘n Go eWallet.

Cara Link Kad Touch N Go NFC Dengan TNG e-Wallet

  1. Klik pada ikon TNG Card di skrin utama.
  2. Kemudian, klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’.
  3. Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC.
  4. Imbas kad TNG NFC di bahagian belakang telefon anda.
  5. Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik.
  6. Sila, sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi.
  7. Isikan medan ‘Preferred Card Name‘.
  8. Tekan butang ‘Add‘.
  9. Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda.

Cara Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet

  1. Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama Touch n’ Go eWallet.
  2. Pilih kad yang mempunyai ciri NFC yang anda ingin menambah nilai.
  3. Klik butang Reload.
  4. Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda.
  5. Masukkan jumlah yang anda ingin tambah kepada kad anda.
  6. Benarkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit Touch n’ Go eWallet anda.
  7. Jika operasi tambah nilai anda berjaya, anda akan lihat skrin Reload Successful.
  8. Untuk mengesahkan baki kad selepas melengkapkan operasi tambah nilai, sila teruskan dengan menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad.

Untuk makluman lanjut sila hubungi di talian +603 2714 8888 atau emel ke careline@touchngo.com.my.

Leave a Reply