Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2020/2021 Online & SMS

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2020/2021 Online. Bilakah tarikh semakan tawaran Tingkatan 6 tahun 2020? Panduan buat lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam ambilan 2020. Untuk makluman, menerusi kenyataan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan keputusan kemasukan ke tingkatan 6 2020/2021 boleh dibuat secara online menerusi sistem aplikasi semakan SST6. Lazimnya keputusan tawaran akan dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2019 Online

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2020/2021 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan tingkatan enam (6) termasuk memaparkan tarikh penting dan aplikasi semakan :

○ Tarikh Semakan : akan dikemaskini

○ Tahun 2019 : 16 April – 17 Mei 2019

○ Tahun 2018 : 16 April – 16 Mei 2018

Tingkatan Enam yang dianggap prauniversiti STPM adalah antara pilihan terbaik buat calon yang ingin melanjutkan pengajian selain kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Pengajian Tingkatan Enam adalah hala tuju terbaik buat pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Cara Semak Tawaran Tingkatan 6 2020

A. Secara Online

Pemohon boleh menyemak keputusan tawaran tingkatan 6 secara dalam talian (online) menerusi pautan aplikasi SST6 pada tarikh rasmi pengumuman keputusan. Link pautan di bawah ;

Pautan : https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/

B. Melalui SMS

Selain sistem online, calon juga boleh menyemak keputusan kemasukan Tingkatan 6 melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diaktifkan pada 10.00 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

○ Taip MOE<jarak>T6<jarak>NO KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888.

○ Contoh : MOE T6 996126078921 dan hantar SMS ke 15888.

Nota :

i. Dikenakan caj RM0.15 sen untuk setiap penghantaran dan RM0.20 sen untuk setiap penerimaan.

ii. Bagi calon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran kemasukan, surat tawaran MESTI DICETAK dan dibawa semasa hari pendaftaran.

iii. Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, anda perlu melaporkan diri dahulu di sekolah yang ditawarkan.

Permohonan Rayuan Kemasukan ke Tingkatan 6 Tahun 2020

Bagi pemohon yang gagal mendapat tempat kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2020/2021, anda boleh mengemukakan rayuan dengan mengisi borang permohonan rayuan tingkatan 6.

BACA JUGA : Syarat Kemasukan Tingkatan 6

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam.

Leave a Reply

%d bloggers like this: