Syarat Kemasukan UTM 2023 Lepasan SPM/ STPM

Syarat Kemasukan UTM 2023 Lepasan SPM/ STPM. Berminat melanjutkan pengajian ke UTM? Panduan buat pelajar lepasan SPM dan STPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun 2022/2023. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UTM bagi lepasan SPM boleh dibuat secara online bermula 24 Februari 2020 menerusi laman web rasmi UPU. Permohonan bagi program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana untuk kemasukan Februari 2021 boleh dibuat terus ke laman portal UTM.

Syarat Kemasukan UTM 2023 Lepasan SPM/ STPM

Universiti Teknologi Malaysia atau singkatan UTM merupakan salah satu Universiti Awam terbaik di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kampus utama UTM terletak di Skudai, Johor manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai.

Syarat Kemasukan UTM 2023 Lepasan SPM/ STPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Am Kemasukan UTM Lepasan SPM

a. Warganegara Malaysia

b. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian GRED C termasuk matapelajaran Bahasa Melayu

c. Lulus matapelajaran Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia

d. Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM

Syarat Khas Kemasukan UTM Lepasan STPM

Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)

i. Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam dari UTM/ IPT/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70;
ii. Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.70 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon juga layak memohon.
iii. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred B) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Mathematics dan Physics
iv. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat Diploma dalam mana-mana satu mata pelajaran Mathematics dan Physics.
v. Mendapat sekurang-kurangnya tahap 2 (Band 2) dalam ujian MUET.
vi. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan seperti berikut (Tidak rabun warna/buta warna/ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja amali).

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Elektronik)/ Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)/ Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mekatronik)

i. Memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan/ Kuasa/Mekatronik/ Elektronik) dari UTM/IPT/Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;
ii. Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 3.00 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon juga layak memohon.
iii. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred B) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Mathematics dan Physics
iv. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat Diploma dalam mana-mana satu mata pelajaran Mathematics dan Physics.
v. Mendapat sekurang-kurangnya tahap 2 (Band 2) dalam ujian MUET.
vi. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan seperti berikut (Tidak rabun warna/buta warna/ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja amali).

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia)

i. Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dari UTM/ IPT/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;
ii. Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 3.00 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon juga layak memohon.
iii. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred B) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Mathematics dan Physics.
iv. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat Diploma dalam mana-mana satu mata pelajaran Mathematics dan Physics.
v. Mendapat sekurang-kurangnya tahap 2 (Band 2) dalam ujian MUET.
vi. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan seperti berikut (Tidak rabun warna/buta warna/ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja amali).

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

i. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.80 pada peringkat STPM;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam DUA (2) mata pelajaran berikut Mathematics T/ Further Mathematics/ Information and Communication Technology
iii. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (GRED C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut Mathematics
iv. Mendapat sekurang-kurangnya tahap 2 (Band 2) dalam ujian MUET.

Sarjana Muda Senibina Landskap

i. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam DUA (2) mata pelajaran berikut Physics, Chemistry, Biology, Ekonomi, Sejarah, Geografi, Bahasa Melayu, Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Seni Visual, Sains Sukan, Mathematics M/ Mathematics T
iii. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (GRED C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut Mathematics
iv. Mendapat sekurang-kurangnya tahap 2 (Band 2) dalam ujian MUET.

Nota: Maklumat lanjut syarat kemasukan program Ijazah Sarjana Muda boleh layari ke http://space.utm.my/utmidp/

Syarat Kemasukan Program Diploma UTM

Download – DIPLOMA

Syarat Kemasukan Program Asasi UTM

Download – ASASI

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan UTM sila hubungi di talian ;

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 Skudai,
Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Phone : 07-553 3333
Email : corporate@utm.my
Office Hours : Sun – Wed (8:00 am – 5:00 pm), Thursday (8:00 am – 3:30 pm)
Website : https://www.utm.my/

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan UTM Februari 2022/23

Leave a Reply