Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 6 2025 Online (sst6.moe.gov.my). Bilakah tarikh semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2025? Panduan buat lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam ambilan 2024. Untuk makluman, kini pelajar tidak perlu membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan. Bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan pengajian ke Tingkatan Enam secara automatik. Bagi murid lepasan SPM 2024 boleh membuat semakan keputusan tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2024 bermula 21 Jun 2024 di portal https://sst6.moe.gov.my.

Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 6 2025 Online (sst6.moe.gov.my)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan tawaran tingkatan enam termasuk memaparkan tarikh penting dan aplikasi online :
Tingkatan Enam adalah salah satu pilihan terbaik buat pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selain Tingkatan Enam, pelajar juga mempunyai pilihan untuk memasuki ke Universiti Awam, Politeknik, IPG dan ILKA menerusi permohonan UPUOnline.
Syarat Kemasukan ke Tingkatan Enam 2025
Antara syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 adalah seperti berikut :
Syarat Am
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi matapelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2024.
Syarat Khas
a. Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam matapelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.
b. Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

Cara Semak Tawaran Tingkatan 6 Online & SMS
A. Menerusi Online
Semakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi dalam talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.
B. Menerusi SMS
Selain sistem online, semakan juga boleh dibuat melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diaktifkan pada 10.00 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
○ Taip MOE<jarak>T6<jarak>NO KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888.
○ Contoh : MOE T6 996126078921 dan hantar SMS ke 15888.
NOTA:
a. Murid perlu melapor diri secara bersemuka di pusat tingkatan enam yang ditawarkan berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa serta yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
b. Tarikh melapor diri ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2024 pada 1 Julai 2024 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan A dan kumpulan B.
Permohonan Rayuan Kemasukan ke Tingkatan 6 2025
Murid lepasan peperiksaan SPM tahun 2024 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 21 Jun hingga 1 Julai 2024.
Sebarang pertanyaan lanjut sila layari ke laman web KPM https://moe.gov.my.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam di seluruh Malaysia.