Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline 2024/2025 Lepasan SPM

Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline 2024/2025 Lepasan SPM Kemasukan UA. Panduan buat calon lepasan SPM yang telah membuat permohonan UPUOnline bagi kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Untuk makluman, semakan tawaran UPU sesi akademik 2024/2025 bagi kemasukan ke program pengajian Asasi, Sijil dan Diploma boleh dibuat bermula pada 28 Jun sehingga 7 Julai 2024. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Semakan keputusan UPU boleh dibuat secara online di laman web rasmi UPU upu.mohe.gov.my atau melalui aplikasi UPUPocket.

Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline 2024/2025 Lepasan SPM Kemasukan UA

Bagi calon yang berjaya anda dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan. Manakala pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU melalui portal upu.moe.gov.my mulai 28 Jun sehingga 7 Julai 2024.

Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline 2024/2025 Lepasan SPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan UPU bagi lepasan SPM termasuk memaparkan tarikh penting, aplikasi semakan dan permohonan rayuan :

Sebanyak 205,972 permohonan bagi lepasan SPM diterima dan calon-calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan ILKA.

Cara Semakan Keputusan UPU 2024 Lepasan SPM

1. Pemohon boleh membuat semakan tawaran UPU dengan melayari di laman web https://upu.mohe.gov.my/

2. Selain sistem rasmi UPU, anda boleh layari saluran alternatif secara terus ke laman web universiti-universiti tempatan atau menerusi UPUPocket 2.0;

  1. https://jpt.utm.my
  2. https://jpt.uum.edu.my
  3. https://jpt.unimas.my
  4. https://jpt.ums.edu.my
  5. http://jpt.umt.edu.my

NOTA: Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 29 Jun hingga 7 Julai 2024 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 29 Jun 2024 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Permohonan Rayuan UPU 2024 Lepasan SPM

Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh membuat
rayuan melalui UPUOnline bermula pada 28 Jun hingga 7 Julai 2024.

Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam adalah
melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU https://upu.mohe.gov.my/

Sebarang pertanyaan lanjut, terus hubungi di talian helpline UPU 03 8684 2363 atau layari emel ke upu@mohe.gov.my.

BACA JUGA: Semakan Keputusan Rayuan UPU

Leave a Reply