Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 Lepasan SPM

Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 Lepasan SPM. Nak melanjutkan pengajian kemasukan ke Universiti Awam sesi akademik 2025-26? Panduan buat calon lepasan SPM tahun 2024 yang telah membuat permohonan UPUOnline ambilan 2025/2026. Untuk makluman menerusi portal UPU, semakan keputusan UPU sesi akademik 2025/2026 bagi lepasan SPM boleh dibuat secara atas talian bermula pada 16 Jun hingga 25 Jun 2025.

Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 Lepasan SPM

Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam ambilan baharu. Bagi pemohon yang gagal permohonan UPU, calon masih berpeluang lagi dengan membuat permohonan rayuan UPU pada tarikh semakan keputusan diumumkan. Permohonan rayuan UPU 2025/2026 juga boleh dibuat secara terus di laman web rasmi UPU.

Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 Lepasan SPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan UPUOnline termasuk memaparkan tarikh semakan, cara semak dan rayuan:

Cara Semak Keputusan UPUOnline Online & SMS

A. Semakan Keputusan UPUOnline 

Pemohon boleh buat semak tawaran kemasukan ke UA secara online di laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/

Semak di url:
i. https://jpt.utm.my
ii. https://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. https://jpt.ums.edu.my
v. https://jpt.umt.edu.my

B. Semakan Keputusan UPUOnline Melalui SMS

1. Universiti Awam dan Politeknik Premier

○ Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

2. Politeknik Konvensional / Kolej Komuniti & ILKA 

○ Taipkan: UPU<jarak>TVET<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

C. Semakan Menerusi Aplikasi Mobile 

Kini calon juga boleh membuat semakan keputusan UPU menerusi aplikasi UPUPocket dengan memuat turun di Play Store dan Appstore.

○ Aplikasi UPUPocket : RUJUK SINI

NOTA: TAHNIAH YANG BERJAYA mendapat tawaran. Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 17 Jun 2025 hingga 25 Jun 2025.

Permohonan Rayuan UPUOnline UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA 2025

Bagi calon yang gagal mendapat tawaran kemasukan UA, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) selepas tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi.

BACA JUGA: 

2 Comments

  1. Syalratu Aini Binti Silaudin April 24, 2018
  2. Syalratu Aini Binti Silaudin April 24, 2018

Leave a Reply