Semakan Temuduga Biasiswa MyBrainSc KPT 2024 Online

Semakan Temuduga Biasiswa MyBrainSc KPT 2024 Online. Panduan buat pelajar yang telah membuat permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT tahun 2024. Untuk makluman, permohonan ini telah dibuka pada 20 Mac 2024 bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa. Semakan panggilan temuduga Biasiswa MyBrainSc tahun 2024 boleh dibuat secara online di https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc mulai bulan Ogos 2024. Tahniah kepada anda yang berjaya mendapat panggilan temuduga Biasiswa MyBrainSc tahun 2024.

Semakan Temuduga Biasiswa MyBrainSc 2023 Online

Semakan Temuduga Biasiswa MyBrainSc KPT 2024 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa MyBrainSc KPT termasuk memaparkan semakan online :

Tarikh Semakan : akan dikemaskini

Syarat Kelayakan Biasiswa MyBrainSc 2024

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT adalah seperti berikut :

1) Kedoktoran (Ph.D) ;

○ Calon adalah warganegara Malaysia;

○ Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;

○ Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;

○ Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;

○ Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;

○ Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan

○ Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.

2) Sarjana;

○ Calon adalah warganegara Malaysia;

○ Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;

○ Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;

○ Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;

○ Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;

○ Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan

○ Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.

3) Ijazah Pertama;

○ Calon adalah warganegara Malaysia;

○ Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;

○ Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;

○ Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT;

○ Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Cara Semak Panggilan Temuduga Biasiswa MyBrainSc 2024

Semakan panggilan temuduga Biasiswa MyBrainSc boleh dibuat secara atas talian di laman web https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/.

Semakan Keputusan Temuduga Biasiswa MyBrainSc 2024

Hebahan iklan, semakan keputusan adalah melalui sistem di pautan https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/. Pemohon akan menerima E-mel dan SMS
pemakluman yang telah didaftarkan di dalam sistem.

NOTA:

a. Calon yang berjaya temu duga akan menerima surat tawaran bersyarat dan WAJIB menyerahkan Borang Setuju Terima dalam tempoh 14 hari bekerja. Kegagalan untuk menghantar borang tersebut mengakibatkan penawaran terbatal.

b. Senarai dokumen dan alatan yang perlu dibawa akan dinyatakan dalam surat panggilan temu duga yang dimuat turun daripada portal rasmi KPM. Walaubagaimanapun, sebagai persediaan awal pemohon perlu memastikan dokumen ASAL yang berkaitan berada dalam simpanan masing-masing untuk memudahkan urusan sekiranya berjaya dipanggil temuduga.

Sebarang pertanyaan umum berkaitan program:

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Bibi Marfizah Zahira binti Sayed Modasar Shah /Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi / Puan Nor Hazren binti Che Hassan)

No. Tel: 03-8888 1616 (Hotline) /
03-8870 6370 / 03-8870 6403
No. Faks: 03-8870 6839
E-mel: penawaran.bb@moe.gov.my

BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Reply