Senarai Kursus Pengajian KUIS Yang Ditawarkan

Senarai Kursus Pengajian KUIS Yang Ditawarkan. Berminat melanjutkan pengajian ke KUIS? Panduan buat anda yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ambilan 2020. Untuk makluman, KUIS menawarkan pelbagai kursus pengajian bagi peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran Falsafah. Bagi anda yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke KUIS secara online di laman web rasmi KUIS.

Senarai Kursus Pengajian KUIS Yang Ditawarkan

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau ringkasnya KUIS adalah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan pada tahun 1995. KUIS terletak di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Universiti ini menawarkan pelbagai program yang merangkumi bidang Pengajian Islam, Penyiaran, Multimedia, Perniagaan, Perakaunan dan sebagainya.

Senarai Kursus Pengajian KUIS Yang Ditawarkan

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kursus atau program pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang melibatkan peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PHD.

ASASI

FA01 – Asasi Pengajian Islam
FA02 – Asasi Pengurusan
FA03 – Pengajian Asas Teknologi Maklumat
FA04 – Asasi Bahasa Arab
FA05 – Asasi Komunikasi
FA06 – Asasi Bahasa Inggeris

DIPLOMA

Fakulti Pengurusan dan Muamalah

MS31 – Perakaunan
MS32 – Pengurusan Perniagaan
MS33 – Perbankan Islam
MS34 – Pengurusan Sumber Manusia
CS41 – Komunikasi
LS43 – Pengajian Bahasa Inggeris

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

IS11 – Pengajian Islam (Bahasa Arab)
IS13 – Pengajian Islam (Akidah dan Pemikiran Islam)
IS14 – Pengajian Islam (Al-Quran dan Al-Sunnah)
IS15 – Pengajian Islam (Dakwah)
IS16 – Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat

Fakulti Syariah dan Undang-undang

IS12 – Pengajian Islam (Syariah)
IS18 – Syariah dan Perundangan Islam

Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat

MS36 – Multimedia
MS39 – Sains Komputer

Fakulti Pendidikan

ES52 – Perguruan (TESL)
ES53 – Perguruan (Pendidikan Islam)

Nota: Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang program atau kursus pengajian yang ditawarkan boleh terus ke laman http://www.kuis.edu.my/v4/program-pengajian

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan KUIS 2020

Leave a Reply