Senarai Universiti Terbaik Malaysia di Dunia 2025 (QS World Ranking)

Senarai Universiti Terbaik Malaysia di Dunia 2025 (QS World Ranking). Panduan buat anda yang ingin melanjutkan pengajian ke UA/ IPTA melalui UPUOnline. Untuk makluman menerusi senarai kedudukan yang diterbitkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2024, Universiti Malaya (UM) telah disenaraikan sebagai 100 universiti terbaik di dunia. Universiti Malaya telah melonjak 27 anak tangga daripada kedudukan tempat ke-114 kepada 87. Manakala terdapat lagi 4 buah universiti tempatan yang turut menunjukkan peningkatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia.

Senarai Universiti Terbaik Malaysia di Dunia 2024 (QS World Ranking)

Tujuh institusi pendidikan tinggi tempatan awam dan IPTS turut berjaya disenaraikan dalam 500 Teratas Ranking Universiti Dunia QS, iaitu Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sunway University, Taylor’s University dan UCSI University.

Senarai Universiti Terbaik Malaysia di Dunia 2025 (QS World Ranking)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai top 10 universiti terbaik di Malaysia berdasarkan QS World University Ranking :

QS University Ranking adalah agensi yang berpangkalan di United Kingdom yang membuat penarafan peringkat serantau dan dunia yang membabitkan universiti-universiti utama berdasarkan beberapa indicator iaitu :

i. Reputasi akademik 
ii. Reputasi majikan
iii. Nisbah pelajar kepada fakulti
iv. Sitasi penerbitan
v. Penerbitan hasil kajian setiap fakulti 
vi. Nisbah fakulti antarabangsa 
vii. Nisbah pelajar antarabangsa

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2024 (UA/IPTS)

  1. Universiti Malaya (65)
  2. Universiti Sains Malaysia (137)
  3. Universiti Putra Malaysia (158)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (159)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (188)
  6. Taylor’s University (284)
  7. UCSI University (300)
  8. University Teknologi PETRONAS (307)
  9. Universiti Utara Malaysia (538)
  10. Universiti Teknologi MARA (555)

20 Universiti Terbaik Di Asia Tenggara 2024

Antara 20 universiti terbaik di Asia Tenggara mengikut senarai yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings 2024:

Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari ke laman web https://www.topuniversities.com/university-rankings/

Sumber: topuniversities

Leave a Reply