Syarat Kemasukan ILP 2024 Institut Latihan Perindustrian

Syarat Kemasukan ILP 2024 Institut Latihan Perindustrian. Berminat melanjutkan pengajian ke ke Institut Latihan Perindustrian? Panduan buat lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di Institut Latihan Perindustrian. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke ILP ambilan 2024 boleh terus dibuat secara online di laman web JTM. Institut Latihan Perindustrian (ILP) adalah salah satu institusi kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang menawarkan pelbagai latihan dan kursus-kursus dalam beberapa bidang antaranya iaitu elektrikal, pencetakan, jurugegas dan sebagainya.

Syarat Kemasukan ILP 2024 Institut Latihan Perindustrian

Syarat Kemasukan ILP 2024 Institut Latihan Perindustrian

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ILP terkini bagi pengambilan kemasukan sesi Januari dan Julai setiap tahun :

Institut Latihan Perindustrian merupakan satu institut latihan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan sektor perindustrian di Malaysia. ILP diseliakan oleh Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Terdapat beberapa buah institusi ILP di seluruh Malaysia sehingga kini.

Syarat Kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian 2024

A. SYARAT UMUM

1. Calon adalah warganegara Malaysia.

2. Berumur antara 17 tahun hingga 35 tahun.

3. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak atau cacat fizikal.

B. SYARAT AKADEMIK 

1. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.

2. Bagi lepasan SPM hendaklah memenuhi syarat-syarat khas akademik seperti berikut di PANDUAN SYARAT KEMASUKAN LEPASAN SPM.

3. Bagi lepasan SKM/ ST hendaklah memenuhi syarat-syarat khas akademik seperti berikut di PANDUAN SYARAT KEMASUKAN LEPASAN SKM/ ST.

Komposisi Latihan di ILP

SIJIL

30% Teori/ 70% Amali

DIPLOMA

40% Teori/ 60% Amali

DIPLOMA LANJUTAN

50% Teori/ 50% Amali

Permohonan Kemasukan ke ILP Online

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian ini iaitu akan dibuka 2 kali pengambilan setiap tahun. Kemasukan pelajar baru ke semua ILJTM seluruh Malaysia dilakukan mengikut 2 sesi kemasukkan iaitu sesi Januari dan sesi Julai.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Latihan JTM di talian 03-8886 5551 /5556 / 5577 / 5482 /5580 / 2418.

BACA JUGA :

Leave a Reply