Permohonan TESP MARA 2021 Online Program Penajaan Pengajian Tertiari

Permohonan TESP MARA 2021 Online Program Penajaan Pengajian Tertiari. Panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran. Untuk makluman, MARA menawarkan satu pinjaman pelajaran iaitu Program Penajaan Pengajian Tertiari kepada pelajar lepasan Asasi, STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 1 Mac hingga 19 Mac 2021 menerusi laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my.

Permohonan TESP MARA 2021 Online Program Penajaan Pengajian Tertiari

Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme adalah merupakan penajaan pelajaran daripada MARA khususnya kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan kelayakan akademik tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih di dalam negara.

Permohonan TESP MARA 2021 Online Program Penajaan Pengajian Tertiari

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Penajaan Pengajian Tertiari termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : 1 Mac – 19 Mac 2021

Apa Itu Program Penajaan Pengajian Tertiari?

Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM 2019, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan IPT terpilih bagi sesi kemasukan Mac 2021.

Syarat Kelayakan Program Penajaan Pengajian Tertiari

Antara syarat-syarat kelayakan Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera.
  • Bagi yang berkhidmat di Luar Negara atau bekerja sendiri, purata pendapatan bulanan mestilah RM15,000 dan ke bawah.
  • Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
  • Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

Senarai Bidang Yang Layak Program Penajaan Pengajian Tertiari

Cara Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 2021 Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi http://www.mara.gov.my/.

2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan.

Nota : Pemohon dinasihatkan sentiasa membuat semakan di emel masing-masing dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian 03-2613 2051 / 2024 / 2518 / 2059 / 2100 / 2069 / 2070 atau kemukakan pertanyaan melalui emel ke tesp@mara.gov.my.

BACA JUGA : Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA 2021 Lepasan SPM

Leave a Reply