UPUOnline 2026/2027: Permohonan, Beli No Pin & Keputusan. Bilakah tarikh permohonan UPU 2026-27 dibuka? Panduan buat pelajar yang mempunyai kelayakan SPM/ STPM dan berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam sesi ambilan 2026-27. Menerusi laman portal FB UPU, permohonan UPU kemasukan ke Universiti Awam (UA) sesi akademik 2026/2027 boleh dibuat bermula daripada 29 Januari sehingga 23 Mac 2026. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi UPU.

UPUOnline 2026/2027: Permohonan, Beli No Pin & Keputusan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan UPU termasuk memaparkan tarikh & cara pembelian nombor unik ID, kategori kemasukan dan aplikasi permohonan :
Permohonan UPU sesi akademik 2026/2027 melibatkan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, IPG dan Institut Latihan Kemahiran Awam.
Syarat Kemasukan UA/ Politeknik Online
Sebelum anda membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik, anda perlu merujuk syarat kelayakan bidang pengajian masing-masing seperti berikut ;
○ Semakan Syarat Kelayakan UPU IMASCU
Kategori Permohonan UPU 2026
Lepasan SPM/ Setaraf
(Sijil, Asasi dan Diploma di UA/IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam ILKA)
– SPM 2025, SPM 2024 & SPM 2023
Lepasan STPM/ Setaraf
(Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam)
– STPM 2025
– Matrikulasi/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2025/2026
– STAM 2025 & 2024
– Diploma UA/ Diploma Politeknik/ Diploma Kolej Komuniti

Tarikh Pembelian Nombor Unik ID UPU 2026
Menurut kenyataan media daripada KPT memaklumkan untuk menangggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/ Unik ID kepada semua pemohon lepasan SPM, STPM/ Setaraf, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma/ Setaraf bagi sesi akademik 2026/2027.

Panduan Memilih Program UPU
Antara panduan buat calon untuk memilih program pengajian kemasukan ke Universiti Awam :
- Melepasi syarat am & syarat khas program institusi/agensi.
- Program yang minat.
- Pilihan program mengikut keutamaan
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang & institusi/agensi.
Cara Permohonan UPU 2026 Online Kemasukan UA
Bagi anda yang memenuhi syarat kemasukan UA/IPTA boleh membuat permohonan UPU secara online di laman web UPU https://upu.mohe.gov.my/
Pastikan sebelum mengemukakan permohonan, calon telah membuat pembelian nombor pin Unik ID UPU.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh hubungi di talian helpline UPU 03 8684 2363 atau layari ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU).
BACA JUGA: Kalendar Tarikh Penting Permohonan UPU



Nak tanya,bole tak kalau kita beli 2 no pin,utk diri kita n kawan kita ?
Assalamualaikum .. Saya hendak tanya bagaimana cara untuk beli nombor pin upu jikalau tidak ada kad bsn hanya ada buku sahaja ?
Salam,
Anak Saya sedang mrngikuti program diploma di uitm bukit mertajam tahun akhir tapi masih menjalani Latihan Industri(LI).Result akhir dah keluar cuma tunggu result Latihan Industri(praktikal).Bila boleh beli no pin upu dan kategori mana perlu dipilih untuk pembelian no pin upu?Harap dapat penjelasan