Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2020 JPA

Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2020 JPA. Anda ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan PH.D? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan biasiswa pendidikan tahun 2020. Untuk makluman menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam, mempelawa kepada pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama/sarjana tajaan JPA yang ingin menyambung pengajian ke peringkat sarjana/kedoktoran boleh membuat permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) tahun 2020. Permohonan online mula dibuka pada 10 Februari sehingga 16 Februari 2020 menerusi portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my.

Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2020 JPA

Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2020 JPA

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC) termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan :

Tarikh Penting Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2020

Tarikh-tarikh penting bagi Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2020 adalah seperti berikut :

i. Keputusan Panggilan Menduduki SAC & UKPP – 24 Februari 2020
ii. Student Assessment Centre (SAC) – 2 hingga 6 Mac 2020
iii. Keputusan Penajaan – 1 April 2020
iv. Rayuan – 1 hingga 7 April 2020

Apakah itu Program Pelajar Cemerlang (PPC)?

Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2020 merupakan program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada 500 pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama / Sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana / Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan ini. Program penajaan ini merupakan usaha Jabatan dalam mengiktiraf kecemerlangan pelajar tajaan di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana dan memberi nilai tambah kepada penajaan sedia ada.

Syarat Kelayakan Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2020

A. Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan;

(ii) Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama / Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;

(iii) Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana;

(iv) Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2018 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);

(v) Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2020;

(vi) Mempunyai baki tempoh pengajian sebanyak 12 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran.

B. Syarat Khusus

Kelayakan minima akademik adalah seperti berikut:

Ijazah Sarjana / Fast Track Ph.D

(a) Memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 (dan setara) pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara;

(b) Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum adalah seperti berikut:

● United Kingdom : 70% dan ke atas

● Australia /New Zealand : 85%

● Jepun : 85% A+B (50%A)*

Ijazah Kedoktoran (Ph.D)

(a) Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam Negara atau luar Negara; atau

(b) Memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode; atau

(c) Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun yang tidak menggunakan penilaian PNGK bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode atau secara penyelidikan, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:

● United Kingdom : 70% dan ke atas

● Australia /New Zealand : 85%

● Jepun : 85% A+B (50%A)*

* 85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.

BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.

Cara Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Online

1. Permohonan dibuka secara atas talian di Portal, eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 10 Februari 2020 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 16 Februari 2020 (Ahad) jam 5.00 petang.

2. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Keputusan Permohonan Program Pelajar Cemerlang 2020

Keputusan permohonan panggilan SAC dijangka diumumkan pada 24 Februari 2020 jam 5.00 petang melalui laman sesawang eSILa. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam lawan sesawang eSILA.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 mulai 10 Februari 2020 hingga 14 Februari 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Leave a Reply