Cara Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2024 Melalui KWSP. Nak bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN? Panduan buat peminjam yang ingin membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui KWSP. Sepertimana anda tahu selain bayaran balik pinjaman melalui KWSP, anda juga boleh membuat bayaran balik secara potongan gaji atau direct debit, perbankan internet, jomPAY dan myPAY serta kaunter PTPTN. Untuk artikel ini dikongsikan cara bayaran balik pinjaman PTPTN melalui akaun 2 KWSP.
Cara Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2024 Melalui KWSP
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bayaran balik pinjaman PTPTN melalui KWSP termasuk memaparkan syarat-syarat pengeluaran, kelebihan dan aplikasi bayaran :
Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia 2023, Menteri Kewangan mengumumkan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang diberikan bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023. Ianya melibatkan 20 peratus untuk penyelesaian penuh, 15 peratus untuk penyelesaian (50 peratus baki hutang) dan 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji.
Syarat Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 2 KWSP
Antara syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN seperti berikut:
i. Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
ii. Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
Kelebihan Bayaran Balik Melalui Pengeluaran KWSP
1. Boleh menggunakan Akaun II KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
2. Tiada had pengeluaran.
3. Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun II masih berbaki.
4. Tiada caj pemprosesan dikenakan
5. Menikmati penjimatan kos upah/ pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik
Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui Akaun 2 KWSP
- Peminjam hendaklah mempunyai i-Akaun KWSP untuk menggunakan e-Pengeluaran.
- Pendaftaran i-Akaun boleh dibuat secara online melalui laman web KWSP.
- Pergi bahagian bayaran dan selesai.
Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP
1. Untuk pendaftaran i-Akaun, dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui :
i. Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000
ii. Kiosk KWSP
iii. Kaunter KWSP
2. Aktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.
BACA JUGA:
Sumber: PTPTN