Permohonan Bayaran Balik PTPTN Direct Debit Online

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Direct Debit Online. Adakah anda peminjam pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Bagaimana cara membuat bayaran balik PTPTN? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan bayaran balik PTPTN. Untuk makluman, PTPTN telah memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu Direct Debit untuk membayar balik pinjaman PTPTN secara online.

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Direct Debit Online

Sistem Direct Debit adalah bukan sahaja memudahkan bayaran balik kepada peminjam PTPTN malah turut membantu kepada peminjam pendeposit SSPN-i. Dengan itu, peminjam tidak perlu bersusah payah lagi untuk pergi ke pejabat PTPTN untuk mengisi borang. Bagi peminjam PTPTN yang masih mempunyai tunggakan pinjaman atau nama pernah disenaraihitam oleh PTPTN/ Imigresen, anda boleh menggunakan sistem Direct Debit untuk membayar balik pinjaman PTPTN.

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Direct Debit Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara memohon dan syarat kelayakan permohonan Direct Debit Online :

○ Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online & SMS

Cara Memohon Direct Debit PTPTN

1. Sebelum itu, anda perlu daftar Permohonan Direct Debit Online di DIRECT DEBIT.

2. Klik pada icon Permohonan Direct Debit.

A. Permohonan Direct Debit Pinjaman
○ Klik mohon Direct Debit Pinjaman

○ Masukkan No. Kad Pengenalan dan seterusnya klik link Penyata Pinjaman.

B. Permohonan Direct Debit SSPN-i

○ Klik mohon Direct Debit Deposit SSPN-i
○ Masukkan No. Pengenalan Pendeposit
○ Klik semakan penyata SSPN-i

○ Masukkan kata laluan
○ Setelah login penyata simpanan, klik

Pendaftaran Direct Debit

Syarat Permohonan Direct Debit PTPTN

Antara syarat-syarat permohonan direct debit online PTPTN seperti berikut :

1. Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.

2. Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansurans bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan amaun minimum yang
dibenarkan adalah RM20.

3. Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan direct debit mestilah berstatus aktif.

Cara Melakukan Transaksi Melalui Direct Debit Online

1. Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan
daripada bank-bank yang dinyatakan di
atas dan berdaftar perkhidmatan perbankan elektronik.

2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran  Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i di PTPTN.

3. Untuk bayaran balik pinjaman, anda perlu mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun Ujrah atau akaun pinjaman konvensional.

4. Klik mohon Direct Debit Pinjaman untuk semua jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.

5. Klik mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan.      deposit.

6. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini penyata pinjaman atau simpanan dalam masa 3 hari bekerja.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian 03- 21933000 atau hadir ke cawangan PTPTN seluruh negara.

Selamat membuat permohonan bayaran balik pinjaman PTPTN secara online menerusi Direct Debit. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memudahkan anda untuk pembayaran balik PTPTN.

Leave a Reply

%d bloggers like this: