Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN 2021 Online (Borang). Nak mohon pinjaman pelajaran PTPTN dengan mudah? Panduan buat pelajar IPTA/ IPTS yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tahun 2020. Untuk makluman, kini calon IPT boleh mengisi borang permohonan PTPTN secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi PTPTN.

Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN 2021 Online (Borang)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pinjaman PTPTN termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan hubungi :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau ringkasnya PTPTN adalah satu agensi ditugaskan untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada mereka yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS. PTPTN juga berfungsi menyediakan skim simpanan pendidikan dikenali sebagai ‘Skim Simpanan Pendidikan Nasional’ (SSPN) yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak.
Syarat Kelayakan Pendaftaran Permohonan PTPTN
Sebelum membuat permohonan pastikan anda telah :
a. Menerima tawaran IPT.
b. Mempunyai salah satu nombor akaun SSPN.
c. Mempunyai akaun bank mengikut panel bank IPT anda.
d. Membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman
Cara Mohon Pinjaman PTPTN Online
A. Bagi Peminjam Kali Pertama
Langkah Pertama – Akses Laman Web Permohonan Pinjaman Online
Bagi pemohon pertama kali, calon boleh memohon secara online menerusi laman web https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/
Langkah Kedua – Pilih Menu Pendaftaran Permohonan Pinjaman
Bagi pemohon kali pertama, sila klik butang Permohonan Pinjaman Kali Pertama. Kemudian, tekan butang Pendaftaran Permohonan Pinjaman.
Langkah Ketiga – Lengkapkan maklumat pendaftaran
Setelah, anda melengkapkan maklumat yang diisi dengan maklumat sahih. Kemudian, klik dan tekan butang ‘DAFTAR’ untuk proses seterusnya.
Langkah Keempat – Proses Pembayaran
Tekan butang bayar untuk proses pembayaran. Pilih salah satu bank perbankan internet anda.
Pilih salah satu bank perbankan internet anda. Masukkan juga alamat emel anda yang sah.
Klik dan tekan butang Bayar dengan FPX untuk proses seterusnya.
Langkah Kelima – Terima Resit Bayaran
Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan. Pastikan terima dan simpan resit bayaran untuk rujukan.
Langkah Keenam – Mohon Pinjaman Online
Peminjam boleh mendaftar permohonan baharu selepas berjaya membuat pembayaran.

B. Bagi Peminjam Kali Kedua & Seterusnya
Langkah Pertama – Akses Portal Pinjaman Pendidikan
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://www.ptptn.gov.my/ionline/.
Langkah Kedua – Log Masuk Portal Pinjaman
Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda. Tekan butang Log Masuk.
Langkah Ketiga – Proses Pembayaran
Tekan butang bayar. Pilih salah satu bank perbankan internet anda.
Masukkan juga alamat emel anda yang sah. Klik dan tekan butang Bayar dengan FPX untuk proses seterusnya.
Langkah Keempat – Terima Resit Bayaran
Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan.
Langkah Kelima – Mohon Pinjaman Online
Peminjam boleh mendaftar permohonan baharu selepas berjaya membuat pembayaran. Lengkapkan permohonan tersebut.

Nota : Untuk dapatkan manual permohonan boleh ke laman https://www.ptptn.gov.my/images/fail/manual/manual_mhn_online_pin_online.pdf.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah,
Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline : 03-2193 3000
BACA JUGA :
yang langkah keenam tu beli no pic kat mna lagi?
bsn?
saya telah membeli no pin ptptn dengan kad
pengenalan 980523145126 tetapi tidak dapat resit rujukan selepas bayar, saya hanya dapat history transfer dalam bank account saya, apakah yang saya boleh buat seterusnya?