Cara Pembayaran Yuran UiTM Pelajar Baru

Cara Pembayaran Yuran UiTM Pelajar Baru. Panduan buat pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) ambilan 2019. Bagaimana cara pembayaran yuran pengajian di UiTM? Berikut merupakan cara bayaran yuran UiTM untuk panduan buat pelajar.

Cara Pembayaran Yuran UiTM Pelajar Baru

Cara Pembayaran Yuran UiTM Pelajar Baru

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan pembayaran yuran UiTM bagi pelajar baharu :

1) Cara Bayar Yuran UiTM Melalui Kaunter Bank Islam (seluruh cawangan Bank Islam)

1. Layari Student Portal atau anda boleh terus ke https://myfinancial.uitm.edu.my/new/index.php/pelajar
2. Kemudian masukkan nombor pelajar anda di ruang yang disediakan.
3. Seterusnya, klik butang “Bil Pelajar” di bahagian “Maklumat Bil“.
4. Cetak bil tersebut dan kemudian anda buat pembayaran di kaunter Bank Islam berdekatan mengikut amaun yang telah ditetapkan.
5. Tuliskan nombor dokumen pada slip bank (nombor akaun tidak diperlukan)

Nota : Simpan slip tersebut sebagai bukti pembayaran, status pembayaran akan di kemaskini 2 hari bekerja selepas tarikh pembayaran di buat.

2) Cara Bayar Yuran UiTM Pembayaran Online Melalui Perbankan Internet

1. Layari https://www.bankislam.biz/.
2. Klik “Internet Banking Login”.
3. Masukkan User ID (Username) dan klik Login.
4. Pastikan Private Image and Private Word betul, kemudian klik /,
5. Masukkan Password dan klik Login.
6. Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment.
7. Pilih Universiti Teknologi MARA pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
8. Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar. Klik Next.
9. Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
10. Klik dan Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik Pay.
11. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
12. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. Klik Pay untuk meneruskan pembayaran.
13. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat. Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke telefon anda.
14. Masukkan IAC number, kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
15. Cetak slip bayaran untuk rujukan.

3) Cara Bayar Yuran UiTM Menggunakan Mesin ATM Bank Islam

1. Masukkan kad dan pin keselamatan.
2. Melalui paparan skrin, pilih Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT.
3. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar (bukan Student ID).
4. Pilih bil yang perlu dibayar (pastikan amaun itu tepat seperti yang dinyatakan dalam Bil Pelajar).
5. Simpan slip sebagai rujukan bayaran.

INFO BERKAITAN :

Senarai Kursus UiTM Yang Ditawarkan 

Syarat Kemasukan ke UiTM

Semoga perkongsian tentang cara pembayaran yuran UiTM ini dapat dijadikan panduan buat pelajar. Selamat memasuki ke Universiti Teknologi MARA di seluruh Malaysia.

One Response

  1. Karim October 8, 2018

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: