Kerja Kursus Sains Komputer SPM 2020 (Tema)

Kerja Kursus Sains Komputer SPM 2020. Nak tahu apa tema kerja kursus Sains Komputer tahun 2020? Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dalam subjek Sains Komputer. Menerusi Lembaga Peperiksaan Malaysia, anda dikehendaki menyiapkan tugasan atau kerja kursus Sains Komputer bermula daripada bulan September 2019 sehingga Jun 2020 bagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Tema untuk tugasan kali ini adalah ‘Pengurusan Perniagaan’.

Kerja Kursus Sains Komputer SPM 2020 (Tema)

Tugasan/ Kerja Kursus Sains Komputer SPM 2020 (Tema)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kerja Kursus Sains Komputer termasuk memaparkan tema :

Tema Kerja Kursus Sains Komputer SPM 2020

Tema : Pengurusan Perniagaan

Situasi: Pihak pengurusan perniagaan memerlukan satu sistem pengurusan maklumat yang merangkumi proses mengumpul data-data secara tersusun untuk menjana maklumat perniagaan dengan cepat dan tepat.

Antara sistem pengurusan maklumat perniagaan yang dapat membantu pihak peniaga dan pengguna ialah:

(i) Sistem Pengurusan Tempahan Homestay / Hotel
(ii) Sistem Pengurusan Tempahan Teksi / Kereta Sewa
(iii) Sistem Pengurusan Pembelian Tiket Wayang / Tiket Pengangkutan Awam
(iv) Sistem Pengurusan Jualan Kenderaan Terpakai / Barangan Antik

Arahan: Berdasarkan situasi di atas, anda dikehendaki membangunkan mana-mana satu sistem pengurusan maklumat perniagaan itu. Sistem yang anda bangunkan itu MESTI mempunyai elemen pengiraan. Sistem yang akan dibangunkan hendaklah boleh dicapai menggunakan pelayar web dari mana-mana komputer dalam rangkaian.

Arahan Kepada Calon Peperiksaan

Antara beberapa arahan yang perlu diikuti oleh calon dalam kerja kursus Sains Komputer adalah seperti berikut :

  • Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tema tugasan projek.
  • Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Komputer wajib melaksanakan kerja projek ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja projek ini dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Sains Komputer.
  • Calon diberikan masa selama sepuluh bulan (bermula September 2019 hingga Jun 2020) untuk melaksanakan kerja projek ini.
  • Calon hendaklah merujuk dan mematuhi Manual Tugasan Pentaksiran Pusat (Kerja Projek) terkini sepanjang penghasilan eviden kerja projek.
  • Calon hendaklah melaksanakan kerja projek ini secara individu di bawah pengawasan dan bimbingan guru serta tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
  • Calon hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan bahan-bahan rujukan lain untuk mencari dan mengumpulkan maklumat.
  • Calon dikehendaki menyertakan lakaran reka bentuk antara muka menu sistem, borang dan laporan yang lengkap dan jelas berdasarkan kehendak sistem.
  • Calon hendaklah menulis sumber rujukan dengan betul sekiranya mengambil petikan atau grafik daripada sumber-sumber lain.
  • Calon hendaklah mengemukakan eviden kepada pentaksir sebelum tamat tempoh mengikut ketetapan Lembaga Peperiksaan iaitu Eviden bagi Tingkatan 4 melibatkan Fasa 1 dan Fasa 2: (BLC.F1, BLC.F2, BM1.F1, BMI.F2) dan Eviden bagi Tingkatan 5 melibatkan Fasa 1 dan Fasa 2: (BLC.F3, BLC.F4, BLC.F5, BLC.N, BM1.F3, BMI.F4, BMI.F5, BMI.N)
  • Calon hendaklah menghantar dan mendapatkan pengesahan daripada guru pada setiap peringkat eviden dikemukakan.
  • Calon dikehendaki memasukkan dan menyimpan semua eviden ke dalam ring file serta diletakkan di tempat selamat.
  • Penskoran kerja projek calon adalah menggunakan Rubrik Penskoran mengikut aspek yang ditetapkan di dalam Manual Tugasan Pentaksiran Pusat (Kerja Projek)

BACA JUGA : Jadual Peperiksaan SPM 2020

Sumber : cekgunorazimah

Leave a Reply