Cara Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 i-Lestari (RM500 Sebulan)

Cara Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 i-Lestari (RM500 Sebulan). Nak keluarkan wang simpanan KWSP akaun kedua? Berita baik buat pencarum KWSP dimana Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin baru saja mengumumkan kemudahan pengeluaran KWSP I-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan wang sebanyak RM500 dari akaun kedua selama tempoh 12 bulan. Tujuan kerajaan memperkenalkan inisiatif ini untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19. Jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion yang memberi manfaat kepada 12 juta ahli KWSP.

Cara e-Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 Online (RM500 Sebulan)

Dengan kemudahan ini pencarum KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing berjumlah RM500 sebulan maksimum untuk tempoh selama 12 bulan. Menurut KWSP, proses pendaftaran akan bermula pada 1 April 2020 ini melalui kaedah emel dan pos. Pendaftaran secara online pula akan boleh dibuat bermula 1 Mei 2020.

Cara Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 i-Lestari (RM500 Sebulan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengeluaran wang KWSP akaun ke-2 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi online :

Pengeluaran i-Lestari bertujuan untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ketika ini.

Syarat Pengeluaran Akaun 2 KWSP

a. Merupakan warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap.

b. Berumur kurang daripada 55 tahun.

c. Memiliki simpanan akaun kedua KWSP.

d. Had pengeluaran adalah pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh dua belas (12) bulan.

e. Bukan warganegara Malaysia fasa kedua.

Cara Permohonan Pengeluaran KWSP i-Lestari

A. Online

Permohonan secara online akan dibuka pada 1 Mei 2020 di laman sesawang KWSP. Pastikan sebelum itu anda telah mendaftar ahli i-Akaun di Pejabat KWSP. Pendaftaran akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.

B. Emel

Selain online, ahli juga boleh membuat pendaftaran melalui emel mulai pada 1 April 2020. Untuk emel pendaftaran di ilestarimohon@epf.gov.my.

C. Pos

Melalui pos juga boleh dibuat mulai 1 April 2020. Secara pos berdaftar ke alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)

Nota : Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun masing-masing bermula bulan Mei ini. Untuk makluman lanjut tentang e-Pengeluaran KWSP boleh merujuk di Sini.

Artikel Berkaitan : Soalan Lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP

Pengeluaran i-Lestari KWSP

Inisiatif Terkini Kerajaan Malaysia

Terdapat beberapa inisiatif kerajaan terbaru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 Mac 2020 merujuk kepada :

  1. Kemudahan pengeluaran KWSP, bawah 55 boleh keluarkan akaun 2 maksimum RM500 sebulan, selama 12 bulan bermula 1 April 2020.
  2. Menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada kementerian kesihatan. Selain itu, peruntukan sebanyak RM100 juta untuk KKM melantik 2000 kakitangan baharu secara kontrak.
  3. Menyalurkan peruntukan RM130 juta kepada negeri-negeri untuk digunakan kepada penjaja dan peniaga kecil.
  4. Memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri (COVID-19)

Untuk makluman lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Penafian : Laman web ini hanya kongsikan maklumat dan informasi sahaja. Tiada sebarang kaitan dengan pihak KWSP. Segala makluman lanjut sila rujuk di laman web rasmi KWSP.

2 Comments

  1. Nur atiqah Nina Bernard Abdullah April 1, 2020
  2. sumita April 1, 2020

Leave a Reply

%d bloggers like this: