Login SSDM KPM Sistem Sahsiah Diri Murid. Apakah Sistem Sahsiah Diri Murid? Sistem Sahsiah Diri Murid atau ringkasnya SSDM adalah salah satu modul dalam Modul Pengurusan Murid dan berkait rapat dengan APDM. SSDM dilaksanakan untuk membentuk sahsiah dan jati diri pelajar agar mengamalkan nilai-nilai murni dan budi pekerti dalam kehidupan.
Login SSDM KPM Sistem Sahsiah Diri Murid
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sistem Sahsiah Diri Murid termasuk memaparkan kategori, fungsi dan cara login :
SSDM dilaksanakan bertujuan untuk merekod salahlaku pelajar ketika berada di sekolah. Dengan adanya rekod SSDM, semua pihak yang berkaitan dapat mengakses data salahlaku pelajar bagi tujuan mengawal dan mengatasi masalah disipin di kalangan murid. Kini, SSDM telah dinaiktaraf menjadi SSDM 2.0. SSDM terdiri daripada 4 kategori pengguna iaitu Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH).
Fungsi Utama SSDM
Antara fungsi utama dalam Sistem Sahsiah Diri Murid iaitu :
i. Merekod kes-kes salahlaku murid
ii. Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
iii. Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
iv. Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap
Cara Login SSDM Online
- Untuk login SSDM anda perlu layari ke laman web KPM https://ssdm.moe.gov.my/
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan. Kemudian klik butang ‘Masuk’.
Sekiranya ingin dapatkan maklumat lanjut sila layari ke ;
UNIT DISIPLIN
SEKTOR HAL EHWAL MURID
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2,
PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-88849339 & 03-88849451
BACA JUGA : Permohonan eDaftar Menengah 2020 APDM