Permohonan Bantuan Awal IPT MUIP 2024 Online (Syarat & Kadar). Anda sedang menyambung pengajian di IPT? Panduan buat pelajar IPT yang memerlukan bantuan pelajaran tahun 2024. Untuk makluman, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengumumkan buat anak Negeri Pahang yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Bantuan Awal IPT tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my.
Bantuan IPT ini diberikan sekali sahaja kepada anak-anak kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran di peringkat Asasi, Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana Muda (PJJ), Master dan PHD.
Permohonan Bantuan Awal IPT MUIP 2024 Online (Syarat & Kadar)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Awal IPT MUIP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, kadar bantuan dan cara mohon:
Syarat Kelayakan Bantuan Awal IPT MUIP
Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Awal IPT MUIP adalah seperti berikut:
a. Beragama Islam.
b. Pemohon adalah pemastautin di Negeri Pahang.
c. Permohonan dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT.
d. Bagi setiap peringkat pengajian, permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.
e. Perlu disertakan resit bayaran pendaftaran.
f. Bagi permohonan PHD perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti proposal defense PHD dan salinan potongan zakat bagi pemohon/ibu bapa luar Pahang yang bekerja di negeri Pahang.
Senarai Kadar Bantuan Awal IPT MUIP
Kadar bantuan IPT yang akan diberikan oleh MUIP adalah seperti berikut;
- Sijil Asasi/Matrikulasi: RM500.00
- Diploma: RM700.00
- Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa): RM1,200.00
- Ijazah Sarjana Muda (PJJ): RM1,5000.00
- Ijazah Sarjana (Master): RM1,500.00
- Ph.D (selain Pengajian Islam): RM3,000.00
- Ph.D (Pengajian Islam): RM5,000.00
Cara Mohon Bantuan Awal IPT MUIP Online
Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my/
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 09 422 1311 atau emel ke zakat4pengajian@muip.gov.my.