Permohonan Bantuan Pendidikan MUIS 2024 Online Bagi Pelajar IPT Sabah

Permohonan Bantuan Pendidikan MUIS 2024 Online Bagi Pelajar IPT Sabah. Berita baik buat anak Negeri Sabah yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. Untuk makluman, Bahagian Zakat Dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk memohon bantuan pendidikan bagi lanjutan pengajian ke peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA dan IPTS. Antara skim bantuan yang ditawarkan oleh MUIS adalah seperti yuran pendaftaran awal dan tiket penerbangan secara one-off. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web https://appszakat.sabah.gov.my.

Permohonan Bantuan Pendidikan MUIS 2024 Online Bagi Pelajar IPT Sabah

Permohonan Bantuan Pendidikan MUIS 2024 Online Bagi Pelajar IPT Sabah

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Pendidikan MUIS termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara mohon:

Syarat Kelayakan Bantuan Pendidikan MUIS

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Pendidikan MUIS adalah seperti berikut;

a. Warganegara dan bermastautin di Sabah.

b. Berusia daripada 18 tahun hingga 28 tahun sahaja.

c. Pengajian adalah sepenuh masa sahaja.

d. Pelajar tahun semasa sahaja (tahun 2023).

e. Peringkat pengajian adalah Sijil/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Pertama.

f. Tidak lebih 6 bulan daripada tarikh pendaftaran semester.

Mengisi borang secara online

Senarai Pengajian Bantuan Pendidikan MUIS

Antara peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan ini adalah:

  • Sijil
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
Permohonan Bantuan Pendidikan MUIS 2023 Online Bagi Pelajar IPT Sabah

Cara Mohon Bantuan Pendidikan MUIS Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan https://appszakat.sabah.gov.my/index.php

2. Klik bahagian Log Masuk.

3. Kemudian, klik pada bahagian ‘Daftar Sekarang.’

4. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Pengesahan.’

5. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’

6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

7. Buat pendaftaran sehingga tamat.

8. Muat naik dokumen yang diperlukan.

9. Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email pendidikan.zakatsabah@gmail.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Bantuan Pendidikan MUIS, sila hubungi di talian 088-279 206/179.

BACA JUGA: Senarai Bantuan Zakat Sabah

Leave a Reply