Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2023 Online Untuk IPTA/IPTS

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2023 Online Untuk IPTA/IPTS. Berita baik buat pelajar di Negeri Pahang. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang menawarkan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang untuk anak-anak Pahang yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web www.yp.org.my bermula daripada 15 Mei hingga 2 Jun 2023.

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2023 Online Untuk IPTA/IPTS

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2023 Online Untuk IPTA/IPTS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara Mohon:

Tarikh Permohonan: 15 Mei – 2 Jun 2023

Syarat Kelayakan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Antara syarat-syarat kelayakan mohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang tahun 2023 iaitu;

a. Merupakan anak Negeri Pahang Darul Makmur dalam takrif berikut:

  • Pemohon atau ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur;
  • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar pahang dan telah bermastautin lebih daripada 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, pemohon perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik oleh Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.

b. Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidal layak memohon.

c. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti yang unggul.

d. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

e. Mendapat tempat atau tawaran daripada IPTNS mengikut kategori.

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2023 Online Untuk IPTA/IPTS

Cara Mohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.yp.org.my/ atau terus ke pautan https://sispen.yp.org.my/

2. Sila buat pendaftaran akaun bagi pengguna baharu.

3. Lengkapkan permohonan dengan betul.

4. Hantar permohonan setelah diisi.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan;

Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur
26060 Kuantan
Pahang Darul Makmur
No. Tel: 09 518 1800

BACA JUGA:

Leave a Reply

%d bloggers like this: