Permohonan Bantuan IPT MAIK 2025 Online (Melanjutkan Pelajaran). Nak melanjutkan pengajian ke IPT? Panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan bantuan melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam. Untuk makluman, MAIK mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon Bantuan IPT MAIK bagi sesi pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda tahun 2025. Bantuan ini merupakan salah satu daripada Program Agihan Wang Zakat MAIK kepada golongan asnaf yang layak ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi MAIK.

Permohonan Bantuan IPT MAIK 2025 Online (Melanjutkan Pelajaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT MAIK termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Syarat Kelayakan Bantuan IPT MAIK
Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan IPT MAIK adalah seperti berikut :
A. SYARAT AM
i. Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
ii. Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
iii. Beragama Islam
B. SYARAT KHAS
i. Merupakan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT bagi pelajar semester satu (1) sahaja.
ii. Pemohon layak memohon sebelum tarikh daftar atau selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh pendaftaran di institusi pengajian masing-masing.
iii. Pemohon terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.
iv. Kadar maksimum pendapatan isi rumah mengikut tanggungan keluarga adalah sebagaimana berikut:
a) Pendapatan Kasar< RM 1000 = 1 Tanggunggan
b) Pendapatan Kasar RM 1000 – RM 1500 = 2 Tanggunggan
c) Pendapatan Kasar RM 1500 – RM 2000 = 4 Tanggunggan
d) Pendapatan Kasar RM 2000 – RM 2500 = 5 Tanggunggan
e) Pendapatan Kasar RM 2500 – RM 3000 = 6 Tanggunggan
f) Pendapatan Kasar RM 3000 – RM 3500 = 8 Tanggunggan
v. Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan.
vi. Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hokum syara’.
vii. Bantuan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di IPT.
KADAR BANTUAN IPT
- Pengajian peringkat Ijazah – RM 2,500.00
- Pengajian peringkat Diploma – RM 1,700.00
Cara Permohonan Bantuan IPT MAIK Online
a. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi MAIK http://ipt-online.e-maik.my/
b. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap perlu disertakan bersama dokumen-dokumen penting iaitu adalah ;
- Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
- Salinan Surat Tawaran IPT.
- Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
- Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
- Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
- Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
- Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
- Salinan Slip pencen sekiranya bersara
Semakan Status Bantuan IPT MAIK 2024 Online
Untuk membuat semakan permohonan anda, sila layari ke laman portal http://ipt-online.e-maik.my. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang ‘MASUK’.
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian :
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan
No. Tel : +609-7481512
No. Faks : +609-7485512
Emel : maik@e-maik.my
Web : www.e-maik.my
maaf bertanya, saya dah semester 2 tapi belum buat permohonan bantuan maik. jadinya memang tak boleh buat dah la permohonan tersebut? terima kasih