Permohonan Biasiswa Yayasan Diraja Sultan Mizan 2020 Lanjutan Peringkat PHD (YDSM). Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan biasiswa untuk melanjutkan pengajian. Untuk makluman, Yayasan Diraja Sultan Mizan mempelawa kepada anak jati Terengganu yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Diraja Sultan Mizan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di luar negeri. Permohonan ini boleh dibuat sehingga 30 September 2020.
Program Biasiswa YDSM adalah satu bantuan biasiswa khas untuk pelajar yang menyambung pelajaran ke peringkat PHD sahaja. Tujuan utama YDSM untuk membantu dan memberi sumbangan ke arah kesejahteraan hidup rakyat negeri Terengganu khususnya.
Permohonan Biasiswa Yayasan Diraja Sultan Mizan 2020 Lanjutan Peringkat PHD (YDSM)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Yayasan Diraja Sultan Mizan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan : Sehingga 30 September 2020
Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Diraja Sultan Mizan
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Yayasan Diraja Sultan Mizan yang perlu diikuti iaitu :
a. Anak Jati NEGERI TERENGGANU sahaja.
b. Telah tamat pengajian Sarjana (Master) dalam bidang yang berkaitan.
c. Calon yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang “Artificial Intelligence”.
d. Bersedia untuk belajar di LUAR NEGARA pada tahun 2020.
Cara Mohon Biasiswa Yayasan Diraja Sultan Mizan
Bagi pelajar-pelajar dalam negeri Terengganu yang berminat untuk memohon Biasiswa ini bolehlah menghantar surat permohonan beserta resume dan cadangan proposal kajian dalam bidang “Artificial Intelligence“ yang sesuai kepada Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
Yayasan DiRaja Sultan Mizan,
Perkarangan Istana Badariah,
Jalan Sultan Mahmud
20400, Kuala Terengganu,
Terengganu,
MALAYSIA
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan pegawai YDSM Encik Mohd Hapizul bin Ibrahim di talian 019-9302100 atau 09-6251131/6261131.
Sumber : YDSM